CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atuk Tercekik Dodol Dengan Gigi Palsu

5-6-2020 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4835| Komen: 35

Description: Umur masih panjang. Seorang warga emas bernasib baik isteri menyedari keadaannya yang sesak nafas apabila tercekik dodol yang melekat bersama gigi palsu.
Umur masih panjang. Seorang warga emas bernasib baik isteri menyedari keadaannya yang sesak nafas apabila tercekik dodol yang melekat bersama gigi palsu.

Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di rumahnya dekat Perumahan Genuang, Segamat, pagi tadi.


Difahamkan, Faridah Mohd Zulkifli, 60, mendapati suaminya, Abdul Moin Mohd Salleh, 63, sesak nafas ketika mereka menikmati dodol sekitar jam 11 pagi tadi.


Kredit foto: BH Online

Dalam keadaan cemas itu, Faridah bergegas memberi bantuan dengan menepuk tengah belakang badan suaminya berulang kali hingga pesara berkenaan tersedak dan mengeluarkan gigi palsu tersebut.

"Dodol itu melekat pada gigi palsu yang tertanggal ketika suami menelannya sebelum kedua-duanya tersangkut di bahagian kerongkong.

"Selepas saya berusaha menepuk bahagian belakangnya beberapa kali, suami kemudian tersedak menyebabkan dodol bersama gigi palsu bahagian atas itu tercampak keluar dari mulut," katanya.


Kata Faridah, dia sudah menasihati suaminya itu supaya membuka terlebih dahulu gigi palsunya yang sudah longgar sebelum makan dodol berkenaan, namun tidak diendahkannya.

Suaminya itu juga kerap menangguhkan untuk membaiki atau menggantikan gigi palsu berkenaan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 5-6-2020 11:33 PM
Atuk jgn lah makan dodol lagi lepas ni..
Quote cap_ayam 5-6-2020 11:34 PM
Alhamdulillah selamat.. nasib baik isteri pakcik tak panik.
Quote paiayam 5-6-2020 11:34 PM
Aduhai atokk. Buat gigi baru la atok, bahaya
Quote krustykrab 5-6-2020 11:46 PM
Degil, kalau mati pun elok jgk
Quote Kurex 6-6-2020 12:13 AM
Ni meati suka nyakat cucu dgn gigi pelesu
Quote Pixie902 6-6-2020 12:18 AM
Atuk tak pakai polident ke?  Syukur umur masih panjang...
Quote DtrongBpai 6-6-2020 12:26 AM
Makan dodol Tak perlukan Gigi....jadahnye pakai Gigi palsu utk makan dodol
Quote bloodyamuk 6-6-2020 12:34 AM
potong la kecik2 dodol tu
Quote Manjahati 6-6-2020 12:37 AM
Nasib baik atok selamat
Quote lasagnaklcc 6-6-2020 12:38 AM
Mcm mana BH blh dpt berita ni? Kalau i malu nak cite kat org. Tak psl jd bahan gelak.
Quote September14 6-6-2020 12:40 AM
Aku ingtkn atuk mahadiaq
Quote queendeath126 6-6-2020 12:51 AM
xtau nak gelak ke sedihh..
Quote gideoncross 6-6-2020 01:44 AM
lasagnaklcc replied at 6-6-2020 12:38 AM
Mcm mana BH blh dpt berita ni? Kalau i malu nak cite kat org. Tak psl jd bahan gelak.

Dan iol pun tngh trgelak skrg.
Quote gideoncross 6-6-2020 01:45 AM

Iol ingt Mahadiaq ni siapa2, rupa2nya.
Quote supernaturalee 6-6-2020 01:51 AM
September14 replied at 6-6-2020 12:40 AM
Aku ingtkn atuk mahadiaq

Hello
Gigi tun semua ori ye
Xmain LH gigi palsu

Quote supernaturalee 6-6-2020 01:52 AM
Cer kalo tertelan
Ah sdh nk kena tapis t@!k



Quote supernaturalee 6-6-2020 01:54 AM
lasagnaklcc replied at 6-6-2020 12:38 AM
Mcm mana BH blh dpt berita ni? Kalau i malu nak cite kat org. Tak psl jd bahan gelak.

Sian kn bh
Cerita mcm ni pun blh jd bhn berita

Ni Klu xde pun no hal
Quote CurangLagi 6-6-2020 01:56 AM
gideoncross replied at 5-6-2020 05:44 PM
Dan iol pun tngh trgelak skrg.

dan terikut smaa.  tp kesiannya pacik nii
Quote kakyungpilah85 6-6-2020 02:28 AM
krustykrab replied at 5-6-2020 11:46 PM
Degil, kalau mati pun elok jgk

Jahatnye mulut kooo.. Cuba bapak ko yg kena macam tu pastu org cakap macam ape ko cakap ni.. Sakit ati tak?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.126634 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top