"Saya dan Syazwan Zulkifly telah memutuskan tali pertunangan pada 31 Mac 2020." Syawariah Zulkifli akhirnya tampil membuka mulut mengenai status pertunangannya dengan pelakon Syazwan Zulkifly. Akuinya di Instagram, dia sendiri yang memulangkan cincin merisik dan bertunang kepada aktor itu. Namun, hal itu hanya diketahui keluarga mereka sahaja. "Apa yang berlaku antara saya dan Syazwan, saya anggap sudah tiada jodoh dan biarlah kami saja yang tahu punca perpisahan ini.
"Dan isu gambar Syazwan bersama wanita lain itu, biarlah pihak Syazwan sendiri yang jelaskan," tulisnya. Reda tiada jodoh, Syawariah mendoakan yang baik-baik saja buat bekas tunangnya itu. Sebelum ini, desas-desus mengenai hubungan mereka dikukuhkan lagi apabila mereka memadam foto dan unfollow IG antara satu sama lain sebelum teersebar foto Syawan bersama wanita lain. - CARI |
bakingsoda replied at 1-6-2020 11:54 AM
wey sape ni syawariah retis ke? yg laki tu prnah la nampak dlm tv. nama dorang mcm adik beradik past ...
slyfynx replied at 1-6-2020 03:05 PM
Editor cari oiiiiii,
Ko kene ke bukak thread baru untuk mende yang dah ade thread?
Mmg tu je ke k ...
minah_selekeh replied at 1-6-2020 10:16 PM
Itu laa.. Senang gila modal bukak thread baru.. Pulang cincin, bukak thread baru.. Lepas ni cincin ...
ADVERTISEMENT