CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kenapa Benci Sangat Dengan Tahfiz, Siti Kasim?" - Rani Kulup Buat Laporan Polis

31-5-2020 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5749| Komen: 28

Description: “Puan Siti Kasim, sudahlah, bertaubatlah."
“Puan Siti Kasim, sudahlah, bertaubatlah."

Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini membuat laporan polis terhadap peguam dan aktivis Siti Kasim di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung isu aak dan sekolah tahfiz.


Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu menggesa Siti Kasim berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam.


Foto: FMT/FB Siti Kasim

Ekoran kelantangannya mengaitkan isu pengharaman arak dengan sekolah tahfiz, Siti Zabedah Kassim dituntut membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dan menarik balik kenyataannya.

“Jangan melampaulah Siti Kasim. Ini perkara yang boleh mencetuskan kontreversi suruh tutup sekolah tahfiz kalau nak haramkan arak.

“Janganlah menaikkan kemarahan rakyat. Perkara yang tidak seharusnya kau cakap. Ayah suka, ayah sayang kamu, tapi kamu keluarkan kenyataan begitu,” katanya kepada pemberita seperti dipetik daripada MalaysiaGazette.


Rani Kulup turut mempersoalkan tindakan Siti Kasim yang menunjukkan dia seolah-olah membenci sekolah tahfiz.

“Tarik balik kenyataan, minta maaf seluruh umat Islam jangan kaitkan arak dengan tahfiz. Kenapa kau benci sangat dengan tahfiz? Di mana kedudukan kamu sebagai orang Islam?” katanya.

Dalam masa sama, Rani Kulup menggesa polis menyiasat Siti Kasim atas kenyataannya sebelum ini berkaitan isu pengharaman arak. - CARI



1

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailerthee 31-5-2020 07:17 PM
Esok2 nak baca yaasin pgl jugak budak2 tahfiz ni
Quote Kurex 31-5-2020 07:19 PM
Bila gambar sebelah sebelah, nampak macam sama pulak muka dorang ni
Quote dizekni 31-5-2020 07:23 PM
Bagus ayahanda,
kipidap

kita pun sangat hairan dengan seseorang manusia yang bencikan Tahfiz secara terbuka

kenapa tahfiz

kenapa benci
Quote Megikari 31-5-2020 07:28 PM
Makcik ni bukan setakat benci tahfiz je. Semua yg brkaitan dengan islam pun dia benci
Quote baghal_bortuqal 31-5-2020 07:35 PM
apa yg aku nampak statement ayah rani ialah aku suka, sayang kamu.

bila nak pinang siti kasim ayah?
Quote Eric.n9 31-5-2020 07:35 PM
Kurex replied at 31-5-2020 07:19 PM
Bila gambar sebelah sebelah, nampak macam sama pulak muka dorang ni

Klu kawin, orang ckp jodoh panjang.
Apa kata pak rani, kawin je dgn siti kasim.
Mana tahu dia leh bimbing siti ni
Quote lurve82 31-5-2020 07:39 PM
dorang ber 2 ni baik kawen je lah...sure berbahagia till jahanam...
Quote Supersirap 31-5-2020 07:41 PM
Didoakan semoga Siti Kassim mendapat nur hidayah serta keinsafan
Quote sarah82 31-5-2020 07:53 PM
Eric.n9 replied at 31-5-2020 07:35 PM
Klu kawin, orang ckp jodoh panjang.
Apa kata pak rani, kawin je dgn siti kasim.
Mana tahu dia le ...

Sanggup. Ka siti kasim bermadu.. Bukan rani ada 2 isteri?
Quote Eric.n9 31-5-2020 08:41 PM
sarah82 replied at 31-5-2020 07:53 PM
Sanggup. Ka siti kasim bermadu.. Bukan rani ada 2 isteri?

Lah ye ke ada 2 bini,
Aku baru tahu
Quote zamzam 31-5-2020 08:44 PM
Megikari replied at 31-5-2020 07:28 PM
Makcik ni bukan setakat benci tahfiz je. Semua yg brkaitan dengan islam pun dia benci

Dia benci semua berkaitan melayu islam. Mungkin pengalaman buruk dia dulu berlakikan lelaki melayu islam.
Quote Xim 31-5-2020 08:44 PM
Eric.n9 replied at 31-5-2020 07:35 PM
Klu kawin, orang ckp jodoh panjang.
Apa kata pak rani, kawin je dgn siti kasim.
Mana tahu dia le ...

Liberal mcm ni x suka poligami...blh tgk kwn trdkt dia,asiah....
Quote 234126 31-5-2020 09:08 PM
Ingatkan rambut ungu tu pakcik tu menganjing. Rupanya si siti kasim. Astaga muka sama mmg sherasi
bersama buku temu ruas ni
Quote Tinot7 31-5-2020 09:32 PM
Pandai pulak TT bubuh muka deme berdua. Bagaikan pinang dibelah dua.
Quote sarah82 31-5-2020 09:37 PM
Eric.n9 replied at 31-5-2020 08:41 PM
Lah ye ke ada 2 bini,
Aku baru tahu

Aku ada la tengok video dia dan isteri2 dia..
Quote zjen 31-5-2020 09:46 PM
sokong kebebasan mazhab dan agama utk semua kaum termasuk Melayu ... kecuali yg sesat

Quran dah tulis Islam bkn paksaan ...  sebalik nye Quran tak tulis pon IC kene ada perkataan ISLAM baru kira betul betul dpt hidayah

undang yg memain paksa paksa semua omputih British yg tentukan,   nak kumpulkan mingset jihat utk bantu deols perang dgn Belanda dan Siam

sesiapa yg berkenan undang British kafir juga di kira melanggar ajaran Quran
Quote salamon 31-5-2020 10:05 PM
muka nak sama, kuat jodoh ni
Quote xmatrempit 31-5-2020 10:28 PM
harap2 menjadi la ayahanda dgn siti kassim. kesian siti kassim, dia kurang kasih sayang.
Quote Nes3in1 1-6-2020 01:07 AM
Kalau siti kasim berbungkus elok mungkin ada can jadi interi no.2 abah rani kulop. {:smile

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.073685 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top