CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kenapa Ramai Sanggup Beli Dari Reseller Yang Jual 2 Kali Ganda Harga Asal?

1-6-2020 10:36 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12794| Komen: 65|Original author: Oleh: Cari-Azza


Koleksi istimewa penyanyi antarabangsa Billie Eilish, pereka Takashi Murakami dan butik Uniqlo mencetuskan perbalahan di Twitter.

Semuanya gara-gara ada yang mengambil kesempatan untuk memborong baju-baju tersebut hingga habis licin. Dalam erti kata lain, mereka yang melakukan ini kebanyakannya mahu menjual kembali (reseller) dengan harga lebih mahal.

Ini menimbulkan kemarahan pengumpul koleksi istimewa tersebut kerana sikap mementingkan diri 'reseller' menyebabkan mereka terlepas peluang memiliki koleksi tersebut. 

Bukan itu sahaja, ada 'reseller' yang berbangga di media sosial seolah-olah hanya mereka yang sanggup bangun awal dan beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan baju tersebut. Jadi, mengapa perlu marah? Persoalannya, orang lain tak berusaha ke?



Kredit foto: Twitter

Bermula dengan penjualan dalam talian pada 25 Mei dan habis dalam masa singkat membuatkan ramai yang beratur di butik Uniqlo untuk mendapatkan sendiri koleksi panas itu. 

Bagaimanapun, ramai yang hampa apabila ianya telah diborong oleh 'reseller' ini yang kemudian menjualnya kembali dengan harga lebih mahal iaitu RM120 (harga asal RM59.90). 

Lebih teruk, mereka berbangga pula di Twitter mencetuskan kemarahan warganet.


Kredit foto : Twitter

Masakan tidak marah, mereka yang benar-benar meminati Billie dan Takuya turut beratur semata-mata untuk memiliki koleksi tersebut. Tetapi, terpaksa bersaing dengan 'reseller' yang mengajak rakan-rakannya untuk membeli koleksi ini. 

Walaupun butik ini menghadkan dua barang sahaja setiap pembeli, tetapi disebabkan rakan-rakan 'reseller inilah menyebabkan peminat terlepas peluang.  

Misalnya, harga asal topi RM79.90 telah dijual kembali sehingga RM119.


Kredit foto : Twitter
Harga yang dijual di butik Uniqlo -  Twitter

Harga yang telah dijual kembali oleh 'reseller' - Twitter

Bagaimanapun, ada kakitangan butik ini menyarankan supaya peminat koleksi istimewa ini tidak membeli daripada 'reseller'. Ini kerana banyak lagi yang Uniqlo ada, cuma perlu bersabar menantikan barangan ditambah oleh pengeluar.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto : Twitter

Wah! betul-betul untung mereka yang jadi 'reseller' kerana harga yang dijual telah dinaikkan sehingga 50 peratus. Ia mengingatkan kembali pada fenomena koleksi Hello Kitty McDonald yang ramai juga 'reseller'. 

Apapun, keputusan terletak di tangan anda wahai pembeli, sama ada mahu bersabar menunggu dan mendapat harga asal atau terpaksa membeli dengan harga yang mahal. Tepuk dada, tanya selera. - CARI


Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 1-6-2020 10:44 AM
cam ni la baru bijak,berniaga@'wa talak tipu..wa pandai meniaga'.
Quote bobo_beck 1-6-2020 10:50 AM
aku beli gak ngan PS ni tapi tgk ler mark up bape byk.. mana2 yg harga yahudi tu babai la.. bolehla nk markup tp pada2 la.. cukup duit penat duit minyak udah ler.. awok tu xbyr sewa pun.. anggap la amal jariah membantu org tlg belikan.. bkn mencekik darah..
Quote Themilo 1-6-2020 10:56 AM
meols hari tu nak beli kasut & baju Vans x Kide Baharudin. Tengok kat webite Vans, dah habis. Gi butik Vans pun takde. Reseller-reseller punya harga nauzubillah jual kat Instagram.
Quote salmon-suki 1-6-2020 11:10 AM
Mujur ai tak minat bnde2 gini{:smile
Quote sarah82 1-6-2020 11:19 AM
Aku guna ps utk bbw saja.. Tu pun upah rm5 satu barang yg bagi aku ok.. Sebab aku x payah beratur.. Ni sampai 60++ untung.. Nak pi mekah balik hari kot
Quote mu@h@h@ 1-6-2020 11:20 AM
Sabar itu mahal...... konsepnya....
Blh tgu... tunggu... xleh tgu beli la hrga yahudi... sekian...
Quote LadyCarefree 1-6-2020 11:22 AM
bobo_beck: aku beli gak ngan PS ni tapi tgk ler mark up bape byk.. mana2 yg harga yahudi tu babai la.. bolehla nk markup tp pada2 la.. cukup duit penat duit miny ...



Ha bayaq duit penat sudah
Quote AbukRokok 1-6-2020 11:28 AM
oklah tu...anda beli masa orang
dan masa itu lebih berharga dari emas
Quote husna_amal 1-6-2020 11:41 AM
bongok betullah siapa yang ambil keuntungan dengan cara beli lepas tu jual semula ni. Dasar perangai yahudi.
Quote airmineral 1-6-2020 11:42 AM
kenapa baju ni jadi rebutan?

pastu, kalai jual berlipat kali ganda tu kira haram ke x ek? ni soalan serius. ada ke guideline utk tetapkan harga jualan. cthny maksimum harga boleh jual drpd harga asal cuma 0.5 kali ganda ke..atau 50% drpd harga asal ke.da kalau harga tu lebih drpd harga maksima, jual beli tu jatuh haram ke..
Quote TeropongGirl 1-6-2020 11:53 AM
Happened to all brand yg keluar LE punya item. Kesian la kat siapa2 yg btul2 minat and make effort gi beratur. Untuk yg tak berapa minat mcm i.. tgok je la org gaduh2.
Quote bobo_beck 1-6-2020 12:01 PM
Ak penah la gak try bratur sendiri yg paling depan tu ofcos la PS2 ni... mmg panjang and berejam baru dpt masuk.. ble dah masuk berlonggok2 PS dlm tu xkuar2.. abis sume drg borong.. perangai camni la yg xelok.. org lain yg beratur xdapat... PS2 ni dr mula bukak sampai tutup kedai dok longgok dlm tu.. asal restok je drg sapu.. penah gak dlm tu aku membeli plak ngan PS nih..

pesan aku PS2 ni berpada2 la ye.. dlm cari rezeki tu pikir2 org lain gak..
Quote annehuda 1-6-2020 12:08 PM
nak lingkupkan PS ni senang je, jgn beli drpd diorg.
Quote Kurex 1-6-2020 12:10 PM
Alhamdulillah, aku pandai menjahit..
Quote esbok 1-6-2020 12:25 PM
masalahnya, design dia uniqlo ni tak lawa pun

dia punya print, setepek empat segi atas baju. aku tau la collector. tapi design ni huduh kot.

mcm design kat pasar. T.T why people whyy
Quote Far 1-6-2020 12:26 PM
Tak pernah beli dari Reseller. Tak tahu apa point reseller.
Quote msdummy.2018 1-6-2020 12:29 PM
uols yg sibuk buat collection  pas tuh malas beratur, then ko nk salahlan ps tuh mark up hrga? sndr yg naik demands tuh sndr slh nk tunding jr kat org lain?

first, kalo korang kemaruk sgt, p jer beli sndr tak pyh ikut reseller ..kedua...kalo korang xkemaruk sgt, demands tak der...bila demand tak der, hrga cap ayam jer dia bg...siap boleh diskaun2....

so pengguna silalah bijakkk...peniaga mmg mcm tuh...aku cuma support peniaga jujur , quality and  service tip top...
Quote KIM.K 1-6-2020 12:37 PM
Dulu beli beg kat sometimes boleh order kat website. Sekarang takde kesempatan order kat website. Segala ps masuk borong belaka. Tp diorg markup dalam rm20-rm30 gitu jela
Quote Cassieopeia 1-6-2020 01:32 PM
amboi upah ps lebih dr harga baju tu..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.063421 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top