Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), menyifatkan tindakan memberhentikan pekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) adalah tidak berperikemanusiaan. Memetik AWANI, Setiausaha Agungnya, J Solomon menyifatkan tindakan memberhentikan pekerja sepanjang tempoh PKP dan PKPB adalah satu penindasan terhadap pekerja dengan sewenang-wenangnya.
“Kami juga mengesyaki ada ugutan memecat pekerja dengan menggunakan alasan kegagalan mematuhi PKPB sebagai sebahagian rancangan majikan tertentu untuk mengurangkan tenaga kerja,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) yang menjangkakan pemberhentian pekerja akan terus berlaku selepas Aidilfitri kesan akibat pandemik Covid-19. Berikutan itu, MTUC mencadangkan kepada kerajaan agar Peraturan Pekerjaan Darurat (EER) diperkenalkan.
Difahamkan, peraturan itu melarang majikan daripada membuat pembuangan atau pemecatan pekerja dalam tempoh tertentu. “Kita harap majikan jangan sewenang-wenangnya buang pekerja. “Apa yang kita lihat, tindakan majikan yang tidak bertanggungjawab membuktikan mereka memanipulasi atau mengambil kesempatan daripada pelaksanaan PKP atau PKPB untuk kepentingan diri,” katanya. - CARI
|
husna_amal replied at 27-5-2020 03:55 PM
Kita pun kena faham juga ikut side majikan, mungkin syarikat menghadapi masalah kewangan yang serius ...
husna_amal: Kita pun kena faham juga ikut side majikan, mungkin syarikat menghadapi masalah kewangan yang serius atau masalah lain.
Orix replied at 27-5-2020 11:19 AM
Bodoh. Kau igt majikan sesaja sesuka hati berhentikan pekerja ? Apa kau igt majikan tu tempat welfar ...
Cable replied at 27-5-2020 07:20 PM
ko iv video conference pn batak x caya nk cite majikan nye hal mende..kekampungan naw
prfffffff ...
ADVERTISEMENT