CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Patutnya Pengusaha Kolam Yang Dihukum" - Langgar PKPB, Aiman Tino Dikompaun

27-5-2020 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15185| Komen: 101

Kredit foto: IG Aiman Tino


Aiman Tino dan bapa, Yusri Ishak, 51, dikenakan kompaun RM1,000 selepas didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) pada petang Selasa.

Memetik Berita Harian, pemilik nama sebenar Muhammad Aiman Yusri, 22, itu dikompaun kerana memancing di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, semalam.



Aiman bagaimanapun, menegaskan bahawa dia sebenarnya terperangkap di dalam sebuah bangsal bersama bapa dan adik, Muhammad Haikal, 14, serta beberapa pengunjung lain akibat hujan lebat.

Namun, polis enggan menerima sebarang alasan diberikannya.

"Saya tergamam dan hairan mengapa polis menyaman saya dan ayah bersama pengunjung yang lain. Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan pemilik kolam.

"Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan lebat. Ramai pengunjung berteduh dalam sebuah bangsal dan ketika itu melebihi 20 orang.

"Polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung," katanya.

Aiman juga meluahkan bahawa pengusaha kolam pancing yang sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang sesuai, bukannya pemancing yang datang ke situ.

Media sebelum ini melaporkan, 59 pemancing termasuk dua pekerja warga asing dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar PKPB, petang semalam.

"Saya kesal disaman pihak polis bersama pengunjung lain," katanya yang kecewa kerana kejadian memberi kesan buruk kepada mereka yang patuh PKPB dan mengamalkan SOP ditetapkan.



Sementara itu, Yusri berkata, mereka rasa teraniaya dengan kejadian itu kerana mereka tidak membuat masalah selain bukan sengaja melanggar peraturan. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 27-5-2020 06:29 AM
Pengunjung pun...dah nampak orang ramai, masih nak masuk memancing jugak. Memang patut la kena saman. Virus tu boleh berhenti ke bila hujan? Tak payah nak bagi banyak alasan. Akal kan ada.
Quote jahcomel 27-5-2020 06:34 AM
Bila lh budak nih nk cerdik
Quote CiliPadiSedap 27-5-2020 06:43 AM
kolam ikan tu kategori fun park sama cm tempat joging awam. memang patutlah kena
Quote ekselen 27-5-2020 06:47 AM
Pastu nk salahkan polis la? Nanti bila dah kena covid...salahkan takdir pulak...senangnya hidup mcm ni kan?akal tu campak masuk kolam ikan tu je dik..senang citer
Quote sukacactus 27-5-2020 07:05 AM
Dik mano ni semua xngaku
Gi mancing xngaku, pic bolen xngaku
Quote cmf_premierleag 27-5-2020 07:09 AM
dik mano dah bersedia utk dihencap ummah
katanya "KU RELA DIBENCI"
Quote slyfynx 27-5-2020 07:33 AM
So, polis kene tau kisah kau ke?
Quote AbukRokok 27-5-2020 07:48 AM
sian aiman...asal area area dekat raya mesti badluck

dulu dah la masak ketupat sampai rentung
Quote AbukRokok 27-5-2020 07:51 AM
ni polis mmg dah aim dah ni

kne ikut tempat ada enforcement xrigid..ada tempat enforcement rigid
Quote Lailerthee 27-5-2020 07:52 AM
Jgn tunjuk iq kau setaraf muka sgt. Da tentu lebih 20 org. Kau tengok org da ramai pg masuk jugak da knp. Terperangkap konon
Quote Themilo 27-5-2020 08:05 AM
aruah sepit seafood tak nak backup ke anak ikan heshe nih? mana la tau kalau-kalau aruah ada MN lain..
Quote nuryakmal 27-5-2020 08:14 AM
Statement pun da contradict diri sendiri.
Hujan cari tempat berteduh and acknowledging that its more than 20 pax in one area. Ko pg berteduh dlm kereta or terus balik la dekk. Lagi mau tanya kenapa kena compound.  
Quote jazaa100 27-5-2020 08:15 AM
jahcomel replied at 27-5-2020 06:34 AM
Bila lh budak nih nk cerdik

Ha..ha...dah tak bljar, mcmana nk cerdik..
Budak umor mcm dia sibuk siapkn assignment....dia sibuk kuar masuk pub
Quote R2D2 27-5-2020 08:18 AM
wartawan gunakan Quotation Mark sebab double meaning tu
Quote Aai2 27-5-2020 08:20 AM
Makin nampak x cerdik...bila buat pembelaan utk pertahankan diri...bagus PDRM kompaun je mana2 yg langgar PKPB ,x kira siapa
Quote Tinot7 27-5-2020 08:22 AM
Umo 22 tahun masih remaja ke?
Quote kerabuBiru 27-5-2020 08:24 AM
Hahahaaa berapa ratus orang laa sedang memancing bersama aiman... cepat polis buat kerja bagus efektif cekap taaaaaaaaapppiiii kenapa majlis kahwen dekat kuil polis tak dapat kesan dan siap kena tipu oleh sami2 kuil lagi... adakah sebodoh ini polis kena tipu oleh sami2 kuil atau sumber berita yang salah lapor pasal kejadian?
Quote gaara_X 27-5-2020 08:25 AM
tabah laa aiman....salah tetap salah...lain kali....backup ngan sami kuil...sure cover baik....ahaks!!
Quote zorrro_03 27-5-2020 08:27 AM
saman je.   orang suruh pkpb kau gatal nak memancing.  hadap je laaaaa

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.089492 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top