CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Syaitan Kemalasan Menguasai Urat Nadi" - Dr MAZA Sedih Golongan Asnaf Pemalas

27-5-2020 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17221| Komen: 218

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi laman sosial meluahkan rasa kesal dan terkilan terhadap golongan asnaf yang disifatkannya pemalas.




Perkara itu didedahkannya selepas membuat kunjungan bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail ke rumah golongan asnaf bersempena program anjuran Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).



"Bayangkan, walaupun mereka tahu bahawa rombongan bersama DYTM Raja Muda akan ke rumah mereka untuk memberikan wang sumbangan, tapi tiada sedikit pun usaha untuk membersihkan kawasan rumah sendiri. Padahal tubuh masih sihat. 

"Lebih daripada itu, tempoh PKP dan PKPB sekitar 2 bulan mereka sentiasa di rumah, gagal dimanfaatkan untuk kemaslahatan diri sendiri. Ini bukan kes terpencil," luahnya.



Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan bahawa golongan miskin tapi rajin berusaha terkecuali dari perbincangan ini.

Katanya, segelintir golongan miskin seakan-akan selesa dengan kemiskinan yang membolehkan mereka mendapat bantuan orang lain tanpa perlu bekerja keras.



Kredit foto: FB MAZA

"Ada yang menerima rumah cantik dan teratur, namun apabila kita datang semula beberapa bulan, rumah bertukar menjadi kotor. Lalang dan rumput di keliling rumah tidak dipotong. Sampah sarap menghiasi dalam dan luar rumah," luahnya. - CARI
3

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 27-5-2020 02:04 PM
betul ade yg malas nk harap bantuan je
Quote nurul_akmar 27-5-2020 02:26 PM
aku stuju kata2 dr maza ni...

kawan mak aku citer, dia bg bantuan kat jiran depan umah... sekotak barang2 mentah... tepung, gula, minyak, beras sume tu... jiran mak aku pon amek la barang2 tu.. esok lusa kawan mak aku ketuk umah lg, nk bg juadah bukak puasa, bila jiran mak aku bukak pintu, mak kawan aku tgk kotak barang2 umah tu elok terletak tgh2 ruang tamu umah.. xde sape heran nk angkat ke.. nk susun barang2 kat dapur ke.. rumah dh la bersepah...

stress tau nk bantu org mcm ni...
Quote Cable 27-5-2020 02:28 PM
krajaan dap dlu pn pmls gak...main hantam je mse wat keje
Quote kukukatablog 27-5-2020 02:30 PM
kebersihan ni dintuntut dalam agama,
ak ada terdengar ceramah ustazah kat youtube,
dia x pukul rata semua,
tapi dia kata majoriti yang susah n selalu mintak bantuan ni, jenis x solat, akhlak pon kelaut....

ada kat twitter ak tengok satu umah orang susah ni,
walaupon rumah dia serba kekurangan tapi bersih tersusun....
Quote chandrahusin 27-5-2020 02:34 PM
bagus lah ada Ustaz yg menegur terang2 mcm ni
kita klu susah lps berusaha mmg takdir
tapi klu pemalas mmg bala
lps ni tegur jgk kes buang anak
kes sumbang mahram semua tu
Quote lee_sakura 27-5-2020 02:34 PM
aku mmg setuju sgt dgn statement dr maza ni...contoh terdekat keluarga tok sedara aku dulu, mmg susah sgt, keje pon jual pisang kt pasar je tp jenis rajin, kalo pergi rumah pon elok je bersih walopon anak ramai nk dekat 10org...alhamdulillah semua anak2 berjaya keje besor2 skrg...
Quote nora_balqis 27-5-2020 02:46 PM
setuju sangat...nak mengemas tak perlukan duit.perlu kerajinan jer.kebersihan pun sebahagian drpn iman..nak solat nak ibadat kena tempat bersih
Quote cmf_premierleag 27-5-2020 02:49 PM
mmg pemalas pun
barangkali setan iblis tu udah meresap ke dlm darah daging diorg
sbb tu pemalas dan PENGOTOR
x reti2 ke nak kemas tempat tinggal sendiri???
Quote QueenIsolde 27-5-2020 02:49 PM
Iols setuju dgn apa yg dr maza tulis dr awal hingga akhir dan double setujuk tang huraian malas dunia dan akhirat
Quote cmf_premierleag 27-5-2020 02:52 PM
nora_balqis replied at 27-5-2020 02:46 PM
setuju sangat...nak mengemas tak perlukan duit.perlu kerajinan jer.kebersihan pun sebahagian drpn im ...

betul
nak mengemas tak perlukan uang pun
cuma perlukan tenaga sahaja
dan tenaga itu datang dr individu.bukan dijual beli pun
itupun puak2 ni pemalas
and ada gak aku jmpe geng2 ustaz ustazah yg pengotor ya...dlm ceramah and wassap grup kemain pung pang pung pang suruh jaga kebersihan
bila pegi umah diorg, ular bersarang pun suka sbb byk port nak bersarang
Quote sarah82 27-5-2020 02:55 PM
Aku faham.. Ada x ada duit nak beli pembersih lantai.. Jerang ayaq hangat.. Aku mop lantai guna ayaq hangat.. Bau pun hilang.. Dah malas hari2..cuci la seminggu 2 kali.
Quote slavehunter 27-5-2020 02:56 PM
Pengalaman aku bagi bantuan kpd mereka yang memerlukan:

Mereka prefer duit daripada bantuan makanan.
Ada tu sifat defensive kuat, dekat kita hanya bagi tahu kesusahan dan kemiskinan tapi dalam masa sama dia ada dapat bantuan dari pihak lain.
Dah dapat duit hilang tak muncul, nanti susah balik baru muncul.
Quote rosevelvet 27-5-2020 02:59 PM
Kazen aku 5 org lelaki. Tenaga kuat. Tp malasnya yahamponnnnn. Meniaga kedai mkn. Sume cari mkn kt situ wpun pndptn sikit sbb masing2 xnk usaha lebih. Bila org cadangkan suh bukak 24hrs sbb lokasi kedai sgt cantik. Xnk dgr. Pastu bila dh pkp xleh bukak kedai kami cadang suh pi cari kije kt poslaju. Dibolayankan kami. Mkn sdiri pun x cukup. Ada la kami tolong sikit2 tp sakit ati kot sbb sume nyer bwh 40 tahun. Kudrat kuat lg
Quote matchstick 27-5-2020 03:01 PM
Mmg betul tulisan Dr maza..tapi golongan pemalas ni smpi tahap nak baca pun malas..yg baca tulisan panjang2 ni kita2 yg tak malas. So sampai kiamat la hidup golongan tu mcm tu jugek
Quote KIM.K 27-5-2020 03:03 PM
Aku bukanlah rajin sangat..lagi2 yang buat sepah tu bukan aku. Tukang kemas tu pulak aku. Aku plak light ocd, tenaga tak banyak memang stress

Sape serumah dengan aku kat uni taula aku sental bilik air cemane. Selain kering, wangi, toileteries aku pun cantik2. Bilik aku pun susun ikut warna, saiz, design. Tapi sejak aku jaga mak ni kerja rumah jadi double triple sebab mak aku suka..tambah kerja. Aku buat yang mampu sahaja sebab bisnes aku pun sangat menyibukkan


Quote dua_chzy 27-5-2020 03:06 PM
Korang tanak forward ke Suhaimi Saad ke royanan ni?
Quote renko 27-5-2020 03:10 PM
Dah la pemalas..pengotor plak tu..biasa je nmpk spesis mcm ni..miskin segalanya2..sikap sendiri punca
Quote tobby 27-5-2020 03:12 PM
Cable replied at 27-5-2020 02:28 PM
krajaan dap dlu pn pmls gak...main hantam je mse wat keje

Kerajaan DAP mmg malas...kerja x buat asyik menyalahkan org lain sbb gagal tunai janji
Quote dua_chzy 27-5-2020 03:14 PM
Perenggan terakhir Dr Maza tu power sey. Terasa nak forward ke wasap group PIBG tapi bimbang dikata menyindir pula (which is betul). Nanti akak dikomplen lagik mulot cabol kat pengetua Hahaha.

Lihat semua komen(218)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.166157 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top