Tiga kanak-kanak di Bolivia dikejarkan ke hospital selepas membiarkan diri mereka digigit labah-labah Black Widow kerana mahu menjadi Spider-Man. Daily Mail melaporkan, mangsa berusia lapan, 10 dan 12 tahun itu sedang mengembalak kambing di Chayanta di Potosi ketika terlihat labah-labah berbisa itu pada 14 Mei lalu.
Difahamkan, mereka kemudian mendekati labah-labah itu dan membiarkan ia menggigit mereka dengan harapan dapat bertukar menjadi adi wira berkenaan. Ketua Epidemiologi di Kementerian Kesihatan Bolivia, Virgilio Pietro berkata, kanak-kanak itu kemudian mengalami beberapa simptom dalam masa beberapa minit sebelum dibawa ke pusat kesihatan tempatan oleh ibu mereka yang bimbang. Bagaimanapun, keadaan mereka dikatakan semakin memburuk sebelum hingga terpaksa dibawa ke sebuah hospital di Llallagua.
Keesokannya pula, kanak-kanak terbabit dipindahkan ke Hospital Kanak-kanak di La Paz selepas menunjukkan gejala semakin teruk seperti demam, menggigil, berpeluh dan sakit otot. Tiga beradik itu bernasib baik kerana doktor berjaya merawat mereka sebelum dibenarkan pulang seminggu kemudian. Lantaran kejadian, Pietro memberi amaran kepada ibu bapa supaya mengawasi anak mereka kerana kanak-kanak menganggap semua yang berlaku dalam filem adalah nyata. Gigitan labah-labah Black Widow boleh menyebabkan pelbagai gejala dan membawa maut kepada anak kecil. - CARI
|
Abam_Leh replied at 27-5-2020 05:14 PM
Sape cakap orang barat cerdik?
Dan ada forumer sini acah acah duduk barat dan acah acah jadi cer ...
Abam_Leh replied at 27-5-2020 05:14 PM
Sape cakap orang barat cerdik?
Dan ada forumer sini acah acah duduk barat dan acah acah jadi cer ...
Abam_Leh: Sape cakap orang barat cerdik? Dan ada forumer sini acah acah duduk barat dan acah acah jadi cerdik
sekngucing replied at 27-5-2020 06:16 PM
org barat? tu bolivia cik.......
CiliPadiSedap replied at 28-5-2020 02:55 AM
Sesudu minyak kelapa dara menjamin sel2 otak berkembang.
Cable replied at 28-5-2020 03:43 AM
acah2 duk oversea tp aurora dia katanya graviti...taikor bsr die pn x koser nk bekap die..elok je ...
Cable replied at 28-5-2020 11:45 AM
kalo ikut bolivia ni lg daif drpd argentna peru ecuador tu...tp barat mmg stupid pn...ade ke ank2 ...
ADVERTISEMENT