Sepatutnya, Aidilfitri kali ini Zamani akan meraikannya di kampung halaman isteri, Nur Juliana Abdul Rani di pantai timur.
Namun, segala perancangan tak menjadi kenyataan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan. Disebabkan itu, penyanyi ini menyambutnya di ibu kota sahaja. "Perancangan awalnya memang begitu kerana rasanya nak juga berkenalan dengan saudara-mara isteri. Namun, dengan adanya PKP semua dibatalkan dan kena beraya di rumah sendiri sahaja. "Saya pun susah nak bergerak ke mana-mana kerana keadaan kesihatan pun tak mengizinkan. Sakit tulang belakang saya pula semakin serius," katanya kepada Harian Metro.
|
Tinot7: Camne dia maintain rambut dia yg lebat tu?
unguaurora replied at 25-5-2020 09:15 AM
Sendunya benang
MarryPottet replied at 25-5-2020 12:46 PM
Inilah benang sendu di aidilfitri lantaran tak dapat balik beraya ke kampung isteri sebab pkp
ADVERTISEMENT