Ziana Zain kecewa apabila dituduh menghalang anak daripada bertemu bapa mereka, Armin Zaharin Ahmad Zambri. Dia juga terkilan apabila dituduh menghasut anak supaya membenci bekas suami. Ziana sebaliknya menjelaskan bahawa dia selalu bertanya sama ada anak-anak mahu bertemu bapa mereka.
"Saya terdengar cakap orang mendakwa saya tidak membenarkan anak-anak bertemu dengan bekas suami. Itu tidak benar sama sekali. Perceraian berlaku hanyalah antara saya dan dia, anak tidak seharusnya menerima hukuman atas apa yang terjadi antara kami. "Saya tak mahu mendera emosi mereka hanya kerana perasaan dendam atau amarah terhadap bekas suami. "Cuma buat masa ini, anak-anak belum bersedia dan memerlukan masa untuk bertemu bapa mereka. Saya faham perasaan mereka dan jika satu hari nanti mereka menyuarakan hasrat mahu bertemu, saya akan mengizinkannya," katanya kepada BH Online.
Pemilik nama Siti Roziana Zain, 52, itu mengakui sedih apabila melihat anak membesar tanpa insan bernama bapa di sisi. "Namun, saya lihat mereka sangat tabah, lebih-lebih lagi anak sulung, Muhammad Aiman yang sangat bertanggungjawab membantu menjaga adik-adiknya. Doa saya semoga kami semua dilindungi dan cekal dalam menempuh pelbagai ujian yang mendatang," luahnya. Ziana dan Armin yang berkahwin pada Mei 1998 dikurniakan empat anak, Muhammad Aiman, 21, Muhammad Ammar, 16, serta pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 11. Difahamkan, konflik tercetus pada Mac 2018 apabila ada desas-desus mendakwa Armin mendera anak lelaki mereka sebelum penyanyi itu membuat laporan polis dan memfailkan perceraian. Ekoran itu, Armin menceraikan Ziana dengan talak satu pada Julai 2018. - CARI
|
Kurex replied at 23-5-2020 02:35 PM
Anak dia yg belah kanan tu adik2 in the making ke? Jaga diri dik... Yg belah kiri tu nampak jantan
Kurex replied at 23-5-2020 02:35 PM
Anak dia yg belah kanan tu adik2 in the making ke? Jaga diri dik... Yg belah kiri tu nampak jantan
234126 replied at 23-5-2020 01:27 PM
Kalau anak dah nampak depan mata kekejaman bapak pada mak takkan mereka dungu nak layan baik lagi. S ...
esteryen replied at 23-5-2020 03:34 PM
bukan kekejaman kat mak, tapi mmg jantan bebal ni dera anak2 mereka, mestilah anak2 tu takut.
.
...
sfrnna replied at 23-5-2020 03:36 PM
Mencilikan kemaluan. Teruk jugak dia dera. Tak sangka sampai ketahap ni.
ADVERTISEMENT