CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Posmen Jaja Kesempitan Hidup Ditahan Polis

23-5-2020 07:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10013| Komen: 65

Tiga individu termasuk posmen ditahan disyaki terbabit kutipan derma palsu di Facebook selepas menjaja kisah kesempitan hidup bagi meraih simpati warganet, lapor Harian Metro.

Sebelum ini, tular kisah posmen menangis kerana tidak mendapat bonus berjaya meraih simpati rakyat yang menghulurkan derma ke dalam akaunnya.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, posmen berusia 22 tahun itu pada Rabu tampil membuat laporan polis bagi menafikan pembabitannya dengan kutipan derma berkenaan.


Gambar hiasan

Bagaimanapun, pihaknya mendapati posmen itu cuba membuat laporan palsu apabila keterangan diberikannya meragukan selain nama digunakannya tidak wujud.

"Berikutan itu, polis menahannya untuk siasatan lanjut sebelum dua lagi individu termasuk pentadbir akaun kumpulan Facebook yang menularkan cerita sedih itu turut ditahan.


"Wanita berusia 35 tahun ditahan pada 10 malam semalam (Khamis), manakala lelaki berusia 23 tahun ditahan pada 12.05 tengah malam hari sama apabila mereka menyerah diri selepas posmen terbabit dicekup," katanya dalam kenyataan di Bukit Mertajam, semalam.

Tambahnya, mereka mengakui bersubahat dengan posmen berkenaan untuk meraih simpati orang ramai.

Kata Shafee, RM5,000 yang didermakan ke dalam akaunnya sudah digunakan untuk membeli barangan keperluan.

Ketiga-tiga suspek direman tiga hari hingga Ahad dan semua telefon pintar mereka dirampas untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - CARI
2

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aliazulaikha 23-5-2020 08:06 AM
Easy money ye
Quote sukacactus 23-5-2020 08:09 AM
Bulan2 puasa ni korang menipu ye
Dah la org malaysia ni pemurah...ambik kesempatan betul
Quote CiliPadiSedap 23-5-2020 08:29 AM
kah3 the power of viral story.
Quote jofizo 23-5-2020 08:31 AM
X berbaloi....
Quote alieyrina 23-5-2020 08:37 AM
Tak berkatla duit menipu org nii..dsr pemalas
Quote otai_g 23-5-2020 08:56 AM
x tau plk ada tabung posmen. Kalo ada pun mmg dah suspicious mcm mana dana tu diuruskan.
Quote Lengkong 23-5-2020 09:08 AM
La sayangnya kalau hilang kerja posmen tu

Quote Skuau 23-5-2020 09:10 AM
di masa bulan ramadhan..kita berpuasa hingga sebulan....yg korang menipu ni...dh...KENAPA???
Quote binipopeye 23-5-2020 09:34 AM
time ni laa nk menipu... dah laa bulan posa...
Quote doubleA 23-5-2020 10:09 AM
Lah yg post story tu pun subahat ke jahatnya menipu. Rakyat malaysia pemurah senang dpt easy money, padan muka kena tangkap polis
Quote Kurex 23-5-2020 10:12 AM
Korang jahat!!!!!!!!!!!!
Quote renko 23-5-2020 10:13 AM
Padan muka bahlol2 yg duk kesian2 sgt aritu..kena kencing plus kena kena cirit cair sekali atas muka
Quote slavehunter 23-5-2020 10:22 AM
Sedangkan derma kita ke Palestin pun ada orang sauk inikan pula......
Quote Nahnukutu 23-5-2020 10:24 AM
Apa yang dia tipu? Minta derma bukan tipu
Quote mahathirGX 23-5-2020 10:57 AM
Dah  masyarakat     tu   bodoh  ...mudah   simpati  .....   tanpa  usul  periksa  atau  fakta  .... last  kena tipu  ....
Quote mahathirGX 23-5-2020 10:59 AM
Nahnukutu replied at 23-5-2020 09:24 AM
Apa yang dia tipu? Minta derma bukan tipu

Bersuhabat    .....  pegi  wat    report   balai  polis  ....  kononnya  bukan   dia  yg   tipu  .... tapi  polis  soal  siasat  ....tercirit gak    bersubahat menipu  ....
Quote pearl.silver 23-5-2020 11:02 AM
Nahnukutu replied at 23-5-2020 10:24 AM
Apa yang dia tipu? Minta derma bukan tipu

Klu dah jaja hidup miskin sbb nk minta derma.. Menipula namanya.
Padahal dia x semiskin yg dijaja pun.
Quote lee_sakura 23-5-2020 11:03 AM
warga rusia yg jumpa kt temerloh pastu htr ke kedutaan pastu jumpa plak kt nilai polis xmo tahan ke sbb dh terang2 menipu rakyat malaysia
Quote lilacomot 23-5-2020 11:06 AM
Dh x pasal2 x beraya kome smua.. Yg kisah posmen viral tu ade ke bg no acct..x nmpk lak

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.099580 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top