CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bangla Putus Kaki Jatuh Dalam Paip Kumbahan

22-5-2020 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4856| Komen: 37

Mengerikan! Malang nasib lelaki Bangladesh yang terjatuh dalam paip kumbahan yang sedang dalam pembinaan di Sungai Nibong, Georgetown pada petang Khamis.


Kredit foto: Sinar Harian


Sinar Harian melaporkan, kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 20-an terbabit putus kaki kiri.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang melakukan kerja membaiki lubang kumbahan berkenaan sebelum dia tergelincir dan kakinya tersangkut dalam lubang paip.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 2, Zaiful Arif Md Ariffin, sebaik anggota bersama jentera tiba di lokasi, mereka mendapati kaki mangsa sudah dikeluarkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Bomba bertindak mengeluarkan bahagian kaki mangsa yang tersepit di dalam lubang berkenaan menggunakan mesin khas," katanya.

Mangsa dilaporkan kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HPP. - CARI

1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • hongkee1195

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-5-2020 12:43 PM
Nak tanya, hari tu sebelum pkp, ada kemalangan masa nak balik kg. Mangsa terperangkap dalam kereta lagi dalam keadaan terbalik. Tapi takde orang nak keluarkan. Iols tanya sepupu iols yg helok tu, dia kata org ramai tak digalakkan keluarkan mangsa, takut jadi apa2. Buatnya masa keluarkan mangsa, kaki mangsa tersepit, boleh putus.. kena tunggu bomba.. betul ke?

Btw, masa kelas memandu, cikgu tu tunjuk sorang ni badan dia kena lenyek lori. Tapi hidup lagi. Sekali orang ramai suruh lori tu undur. Putus badan mamat tu. tak tau hidup ke tak mamat tu sebab putus dua
Quote matchstick 22-5-2020 12:57 PM
Kesian nye..dtg sini cari rezeki skrg dh cacat pulak mcm mana nk kerja..harap majikan dia bg some sort of duit pampasan kalau dia kena balik Bangladesh
Quote bluebutter 22-5-2020 01:02 PM
Ya Allah. Kesiannya. Muda lagi. Ye lah walau bukan senegara tetap rasa simpati. Kesiannya.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Quote Maideen. 22-5-2020 01:21 PM
Sighhhh........... dekat hari raya pulak tuh....
Quote cmf_Maxx 22-5-2020 01:23 PM
Kurex replied at 22-5-2020 12:43 PM
Nak tanya, hari tu sebelum pkp, ada kemalangan masa nak balik kg. Mangsa terperangkap dalam kereta l ...

Memang patut kn tunggu bomba dan paramedic, kalu kes tersepit dlm kederaan yg kemalangan
Quote clarizsa 22-5-2020 01:27 PM
Seramnya
Ngeriiii
Quote Artemesiaa 22-5-2020 01:32 PM
Mengerikan terus cacat kekal
Quote Scheherazade 22-5-2020 01:49 PM
Ngeri betul. Kesian dia nih. Semoga dipermudahkan urusan dia
Quote hiswife 22-5-2020 03:40 PM
Kesiannya bang la. Sepatutnya orang awam tak boleh keluarkan mangsa. Harapnya kaki putus bukan sebab orang ramai yg menolong. Niat baik, tapi tu la..
Quote Orix 22-5-2020 03:51 PM
Kesiannya {:cryrun
Quote Supersirap 22-5-2020 04:08 PM
Semoga anda tabah dalam menghadapi dugaan hidup, apa-apa pun saya doakan yang terbaik buat anda
Quote any42 22-5-2020 04:32 PM
Allahu. kesiannya.
Quote MsKathryn 22-5-2020 04:57 PM
Kesiannya...
Quote nefnefnef 22-5-2020 06:37 PM
Haih dik bangla. Semoga sembuh cepat
Quote Tinot7 22-5-2020 08:34 PM
Get well soon.
Semoga dipermudahkan urusan.
Quote Sham143 22-5-2020 08:45 PM
Allahukhbar.. Sakit tu..
Quote munchkin 22-5-2020 09:45 PM
Kesian dia.
Quote minah_selekeh 22-5-2020 09:56 PM
Kesiannya.. Besar ujian dari Allah SWT.. Semoga kuat semangat untuk teruskan hidup..
Quote sukacactus 22-5-2020 11:11 PM
Oh oh...sian dia
Ngeri tgk

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039241 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top