Kecoh beberapa hari lalu apabila dikatakan Wak Doyok telah membeli dan menggunakan cincin yang memaparkan lambang peribadi Sultan Johor sehinggakan Tunku Idris tampil di Instagramnnya meminta Wak Doyok memberikan penjelasan sewajarnya.
Kemudian, Wak Doyok tampil memohon maaf kerana perbuatan salah menggunakan lambang peribadi Sultan Johor tersebut dengan alasan, 'tidak arif' mengenai soal protokol diraja.
Namun, semalam, Wak Doyok telah dipanggil untuk memberikan keterangan kepada polis mengenai isu terbabit. Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, seperti dilaporkan mStar Online hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di Johor kira pukul 11 pagi Khamis lalu. Wak didakwa dan disiasat atas tuduhan Seksyen 3(1) (c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017. Menurut Wak, isu pembuatan cincin tersebut sebenarnya sudah lama iaitu kira-kira pada tahun 2012 dan dia menempahnya secara dalam talian melalui sebuah syarikat di Indonesia. Ketika ditemui sidang media di IPD Kontinjen Johor, sebuah kertas siasatan akan disiapkan sebelum diberikan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan sewajarnya. Manakala, bagi syarikat pengeluar cincin berkenaan, Caroz Wooden yang beroperasi di Bali, Indonesia, mereka juga mengakui telah menerima tempahan cincin tersebut beberapa tahun yang lalu. Kredit foto: Sinar Harian Menurut syarikat terbabit, mereka banyak menerima tempahan daripada selebriti dan orang kenamaan dengan bayaran sebanyak RM4,000 hingga RM9,000 mengikut jenis bahan yang digunakan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara. Kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan Enakmen Undang-Undang ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran, anugerah atau replika untuk tujuan perniagaan, pekerjaan atau peribadi. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|