CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminjam Tetap Kena Bayar Faedah Bayaran Balik Tertangguh Selepas Moratorium

1-5-2020 09:59 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 6481| Komen: 14|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: Facebook


Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa peminjam yang menikmati kemudahan moratorium masih dikenakan faedah atau keuntungan atas pembayaran balik pinjaman atau pembiayaan yang tertangguh selama enam bulan.

Dalam kenyataan melalui Facebook, bank pusat itu meminta orang ramai merujuk kepada kenyataan terdahulu mengenai langkah moratorium yang dikeluarkan pada 25 Mac lalu.

"Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah faedah/keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh dan peminjam perlu meneruskan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang tertangguh pada masa hadapan. 

"Oleh yang demikian, peminjam perlu memahami perkara ini dan berbincang dengan institusi perbankan masing-masing tentang pilihan yang ada apabila menyambung semula jadual pembayaran balik pinjaman/pembiayaan mereka selepas tempoh penangguhan," jelas BNM.


BNM turut menegaskan bahawa peminjam tidak perlu memohon untuk mendapatkan moratorium.

Sebaliknya, mereka hanya perlu melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran sah bagi moratorium dilaksanakan.

"Selepas itu, pihak bank akan menghubungi peminjam mengenai langkah mudah selanjutnya," kata kenyataan itu.

Kekeliruan mula timbul pada malam 30 April berikutan kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) yang memberi kata dua kepada para peminjam berhubung moratorium.

ABM menyatakan, pelanggan boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan.

"Mereka juga boleh terus membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal," katanya.

Sebelum ini, ramai peminjam menyangka mereka tidak dikenakan faedah atau keuntungan atas lanjutan masa pembayaran balik yang diberikan oleh bank.



Berikutan pengumuman ABM tersebut, ruangan komen Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjadi sasaran netizen untuk melepaskan geram.


Kredit foto: Facebook

Jika dari awal penjelasan tentang moratorium diberikan dalam bahasa yang mudah difahami, mungkin kekeliruan dapat dielakkan.

Bukan semua peminjam faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'terakru'. - CARI
4

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • suefai

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 1-5-2020 10:02 AM
Apa peranan menteri kewangan ni pada rakyat......
Quote ResellerMaxis 1-5-2020 10:12 AM
[twitter]https://twitter.com/padlee_93/status/1255993512257937411?s=21[/twitter]
Quote top5complete 1-5-2020 01:13 PM
tiada fungsi langsung dia ni.. bagus lagi yb zetti
Quote Ina8895 1-5-2020 02:29 PM
top5complete: tiada fungsi langsung dia ni.. bagus lagi yb zetti


Amat maslan lagi bagus
Quote matbad 1-5-2020 03:32 PM
Padan muka aku tapi ok apa byr bunga skali jnji bleh jgk tangguh..padan jugak muka org yg dok hingat takyah byr kreta pakat shopping online tak hingat doniaaaaa...
Quote seeriesagain 1-5-2020 05:18 PM
Loan rumah aku dah tolak moratorium ni pun tetap xda autodeduct unt last month n this month... Haishhlah. Kalu xda interest xpelah jugak
Quote kemaruk 1-5-2020 05:24 PM
top5complete replied at 1-5-2020 01:13 PM
tiada fungsi langsung dia ni.. bagus lagi yb zetti

[youtube]i9jZPDbCleY[/youtube]
Quote daisywillberry 1-5-2020 10:20 PM
Allah...macam2
Quote mandear11 2-5-2020 01:25 AM
mcm ****.....mcm *****....mcm ****......puasa punya pasal... kena tapis..hehehehehehe
Quote CiliPadiSedap 3-5-2020 05:15 AM
BNM dh tulis terakru dulu sekolah srp habis x? Dapat pangkat brape??
Quote kelapaparut 3-5-2020 05:19 AM
alangkah bagusnye kalu lim guan eng masih menteri kewangan kita..
Quote vespa_oren 3-5-2020 05:25 AM
aku ambil jelah biarpun kne interest, time mcm nie lah nk menyimpan, lbh rm2k+ lebihan bulanan, hrp ada rm12k simpanan lps 6bulan ha3
Quote rikashi 3-5-2020 05:33 AM
Pinjaman aku baru setahun, jadi intereset aku mmg tinggi wei..
Interest saja rm160++ per month.darab 6 bulan. So lebih 1k jugak tak smpi setahun. Simpan duit, dividen tahun ni mesti tak tinggi mana..
Bila nmpk interest tu tak tau nak react mcm mana...
Dan paling best, aku le antara org yg dah terjoli duit bulan pertama moratorium...
Ok bulan depan and seterusnya aku simpan.
Quote epuepy 6-5-2020 08:35 PM
Dh x yah baya faedah dh kan.? Baru tgok tv3, faedah xde. Cma extend 6 bln. Lepas 6 bln baya balik mcm biasa. Syukuuur

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038696 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top