Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan rakyat supaya tidak membenci pelarian Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman di tanah air sendiri. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa Myanmar dan pemimpinnya, Aung San Suu Kyi yang patut dikecam kerana kezaliman mereka. Malah, Dr Mahathir menyarankan agar Malaysia menolak hubungan perdagangan dengan Myanmar. "Kita juga perlu meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan terhadap Myanmar. "Kita juga perlu dedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia. "Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman," jelasnya melalui kenyataan yang disiarkan melalui laman Facebook miliknya.
Beliau menambah, negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bertindak untuk menghentikan kezaliman yang dilakukan Myanmar. Loading FB Post... Dr Mahathir turut menyifatkan tindakan pihak berkuasa mengusir bot yang membawa kira-kira 400 pelarian Rohingya baru-baru ini sebagai tidak berperikemanusiaan. "Apa yang patut dilakukan adalah membekalkan mereka dengan makanan dan minyak supaya mereka dapat pergi ke negara lain atau balik ke Myanmar," ujarnya. Beliau juga menyedari mengapa orang Melayu yang dahulu bersimpati dengan pelarian Rohingya kini membenci mereka. "Apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci," katanya. Kalau marah sangat pun, tidak wajarlah pukul rata semua pelarian Rohingya sebagai berperangai buruk dan memaki hamun mereka. - CARI
|
noor2 replied at 30-4-2020 09:36 AM
"Dr Mahathir turut menyifatkan tindakanpihak berkuasamengusir bot yang membawa kira-kira 400 pelaria ...
Orix replied at 30-4-2020 09:41 AM
Kenapa cerita sekerat jah. Ini statement full che det psal Rohingya. Dia pun x setuju Rohingya dtg M ...
Orix replied at 29-4-2020 05:41 PM
Kenapa cerita sekerat jah. Ini statement full che det psal Rohingya. Dia pun x setuju Rohingya dtg M ...
3.Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci.
4.Sesungguhnya kita telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain. Dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.
noor2 replied at 29-4-2020 05:46 PM
Terima kasih info orix. ....tapi kan kalau Tun kata mereka akan pergi ke negara lain kenapa sampai ...
DARSITA replied at 30-4-2020 09:52 AM
Tun mengurus negara patut menteri menteri pertahanan/dlm negeri lah yang buat ni semua. Masalahn ...
DARSITA replied at 30-4-2020 09:57 AM
Dia orang ni eloklah balik negara asal - kadar kadar kan diri sendiri jangan nak itu nak ini leleb ...
noor2 replied at 30-4-2020 09:46 AM
Terima kasih info orix. ....tapi kan kalau Tun kata mereka akan pergi ke negara lain kenapa sampai ...
Orix replied at 29-4-2020 06:06 PM
Ini bukan soal agama lah. Ini soal kaum. Even dalam al-Quran pun selalu sgat sebut pasal kaum, kau ...
ADVERTISEMENT