Mi segera Indomie sememangnya sudah terkenal hampir di seluruh dunia sebagai mi segera yang enak dan diterima semua masyarakat dunia sehingga ia menjadi makanan ruji kedua di Nigeria. Sempena Ramadan, jenama mi segera popular ini mencuit hati ramai pengguna media sosial menerusi iklannya yang berbeza dan unik berbanding sebelum ini hingga menjadi tular. Dalam iklan Indomie yang tular itu, pada waktu siang, iklan berkenaan memaparkan pinggan kosong sempena bulan Ramadan menampilkan seorang pelakon kelihatan meniru aksi memasak mi segera.
Indomie juga menghasilkan versi berbeza iklan tersebut yang disiarkan selepas waktu berbuka, di mana ia menampilkan sajian mi jenama tersebut. Mi pun boleh jadi macam biskut, kejap ada kejap tak ada! Malah, sempena bulan mulia ini, Indomie mengeluarkan bungkusan mi segera tanpa disertakan gambar mi pada paket produk tersebut. Taktik pemasaran syarikat itu dipuji ramai di media sosial kerana berunsur kreatif dan juga inovatif. Yalah dah terkenal, tak letak gambar mi pun masih boleh terbayangkan mi dalam pinggan tu kan. Tambahan pula dalam bulan puasa ni. Nampak kuali kosong pun, boleh terbayang macam-macam di dalamnya. - CARI |
LostStar: Indo mee ni tak sedap la.. plain jek rasa.. knp la ramai org suke.. aneh btl..
LostStar replied at 29-4-2020 11:08 AM
Indo mee ni tak sedap la.. plain jek rasa.. knp la ramai org suke.. aneh btl..
sarah82 replied at 29-4-2020 11:37 AM
Aku suka my kuali dari indomi
mdhelmi replied at 29-4-2020 03:39 PM
saya pulak suka semua yg free dan halal
tri-max replied at 29-4-2020 12:00 PM
kreatif gak la team iklan depa ni
slalu iklan masak mesti beria2 penuh kuali
iklan indomie ni koso ...
Tinot7 replied at 29-4-2020 11:54 AM
Tetibe terasa nak try indomie
mdhelmi replied at 29-4-2020 03:42 PM
jgn nanti rambut gugur
dah x lawa
ADVERTISEMENT