CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wargamaya Sokong Pakcik 'Sound' Penguatkuasa Halang Meniaga Semasa PKP

29-4-2020 10:33 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6707| Komen: 26|Original author: Oleh: : natrahn


Tular video menunjukkan seorang peniaga dikatakan mengamuk dengan pihak berkuasa kerana menghalangnya berniaga tembikai dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Kejadian yang dikatakan berlaku di Perlis itu kemudian tular di media sosial.


Loading FB Post...

Walaupun ingkar PKP satu kesalahan, tetapi tindakan pakcik ini bagi warganet adalah betul kerana dia berniaga dalam kawasan rumahnya. 





Pakcik tersebut mempertahankan tindakannya meniaga di kawasan rumahnya sendiri. Sama seperti peniaga kecil lain, beliau juga bimbang mata pencariannya ini terputus akibat PKP yang berlanjutan.

Beliau turut memarahi penguatkuasa bertugas kerana menurutnya ada juga pihak lain yang meniaga, tetapi tidak pula dilarang.

Rata-rata warganet bersimpati dengan pakcik tersebut.


Kredit foto: Facebook Hussin Jan

Pandemik Covid-19 nyata memberi impak kepada peniaga kecil seperti pakcik ini. Rasanya, mungkin kerajaan boleh pertimbangkan sedikit kelonggaran untuk kawasan zon hijau seperti di negeri Perlis dan kawasan lain berstatus sama. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 29-4-2020 10:40 AM
Kawasan aku petang2 meriah kedai buka di kaki lima dah mcm bazar ramadhan
Quote Elle_mujigae 29-4-2020 10:41 AM
Untuk yg bising2 miti dah bagi byk syarikat beroperasi tu..tolong faham ye..org sekarang ni berniaga bukan nak kaya tapi nak survive je..
Quote misuke 29-4-2020 10:57 AM
dengan org marhaen nk tunjuk kuasa sgt.... kt tempat aku selambe ja jual kuih ptg2... belambak dok serbu.. tepi jalan, 1 km dari b polis
Quote KIM.K 29-4-2020 11:00 AM
Tembikai sekilo baru rm2 bukan untung besar sgt pun. Nak manage buah segar mmg renyah
Kat sini pun kena tegur jual ikan kat premis sendiri tapi diberi kelonggaran
Quote LostStar 29-4-2020 11:04 AM
Pa dia dengki sangat ni.. terok perangai.. bukannya org kerumun kedai tu..
Quote Kurex 29-4-2020 11:35 AM
Kau kena sedar.. kau marhaen je bang... Sama macam aku
Quote Tinot7 29-4-2020 11:57 AM
Perlis bkn ke dah ijo?
Quote tagas 29-4-2020 12:02 PM
takde lesen ler tu
Quote sonatalady 29-4-2020 12:29 PM
Sini ada aje kedai jual buah buka dr awal pkp dulu.relaks2 aje.
Perlis kan dh zone hijau..bg lah kelonggaran sikit.
Suami pn meniaga..dh buntu kedai x bole buka.
Quote makbudakcomel 29-4-2020 12:30 PM
sedapnye tembikai bulan puasa ni.. kalau dekat boleh dah order dgn pakcik ni
Quote acikhan 29-4-2020 12:53 PM
Kwn Haku rumah teres die kws parking Keta tu penuh buahan,kentang,bawang,pisang yg berbakul2 tu.. sape2 jiran nk g beli tu ko pergi ke rumah die... Murah2 pulak tu, Haku belum sempat nak beli sbb jln nak masuk rumah Haku Kene block Ngan batu bata besar sejak PKP ni
Quote kambinggila 29-4-2020 01:52 PM
pakcik tu ada lesen meniaga ke? mungkin sebelum ni ada peraih beli dari dia. and sekarang ni peraih takleh keluar beli sebab PKP. berhusnuzon la kita...
Quote Meiizu 29-4-2020 01:56 PM
Ayat standard dlm video "kami hanya menjalankan tugas"...ampa balik opis pi tanya bos tanya jabatan lain awat sop keje ampa sat kata lain esok lain lagi..ampa memang takleh comunicate betoii2 kaaa cari solution bukan syok saman rakyat marhein demi pangkat.dpt gaji penaya orang
Quote prettyuglybabe 29-4-2020 03:09 PM
issue dia pakcik ni takde lesen berniaga..
pada i, dalam keadaan semua orang tengah sesak memikirkan how to survive, bagi je la kelonggaran sikit..
ke ada orang kampung yang dengki report pakcik ni kat majlis?
i rasa lebih pada orang dengki..
kalau takde report, takdenya la majlis nak datang serbu..
rajin sangat la majlis nak merayap hari-hari check peniaga kecil ni berniaga tepi jalan..
lagi-lagi kat kawasan kampung macam tu..
dalam kawasan rumah lagi..
Quote rosli_nurizzati 29-4-2020 03:11 PM
ada la tu kaki report.. jenis dengki.. padahal ramai ja meniaga.. patutnya pakcik tu pi jabatan pertanian amek surat dulu.. penguatkuasa mai tunjuk surat.. sbb runner ayam aku tunjuk surat jabatan pertanian.. kelangsungan makanan ka apa.. adik aku pun pi amek surat tu kat jabatan pertanian, sbb dia meniaga pisang
Quote nefnefnef 29-4-2020 06:41 PM
Simpati kat pakcik ni. Mesti dah terdesak putus income lama tak niaga
Quote palmolive 29-4-2020 06:51 PM
kat selangor ni takder kena cmni,...takut org selangor kebuluran kot
semalam beli tembikai
Quote lattehazelnut 29-4-2020 06:52 PM
Perlis bukan dah diberi kelonggaran ke?
Quote GigaMom 29-4-2020 08:06 PM
Pengunjung di kedai rumah pak cik ni x sebanyak pengunjung kat kfc mcd la oi. Adoi

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.142260 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top