Tiga lelaki berusia antara 55 hingga 80 tahun ditahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan aktiviti sabung ayam. Berita Harian melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kebun di Kampung Mampusu jam 2.50 petang semalam.
Ketika serbuan, polis mendapati ada 10 hingga 15 lelaki sedang berkumpul dan mereka bukan saja menyabung ayam, malah ada yang bermain judi 'ketam-ketam'. "Menyedari kehadiran polis, semua mereka bertempiaran lari meninggalkan tempat berkenaan. Namun tiga lelaki berusia 55 hingga 80 tahun berjaya ditahan. "Polis yang diketuai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tenom Inspektor Mohd Roezaidie turut merampas tiga ekor ayam sabung," kata Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid. Ketika disoal, kesemua suspek mengaku melakukan menyabung ayam dan bermain judi ketam-ketam kerana bosan duduk di rumah.
Mereka kemudian dibawa ke IPD Tenom untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan (No.3) 2020. "Kes turut disiasat mengikut Seksyen 21 Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya. - CARI
|
Tinot7 replied at 27-4-2020 12:02 PM
apo la tua2 bangka pun masih nak berjudi...
main ketam2 ni amender?
leylapple replied at 27-4-2020 12:31 PM
main holo....
ada gambar ketam kat situ.. x silap ada 6 slot gambar.. jadi kita bertaruh la kat ...
leylapple replied at 27-4-2020 12:31 PM
main holo....
ada gambar ketam kat situ.. x silap ada 6 slot gambar.. jadi kita bertaruh la kat ...
leylapple replied at 27-4-2020 12:31 PM
main holo....
ada gambar ketam kat situ.. x silap ada 6 slot gambar.. jadi kita bertaruh la kat ...
ADVERTISEMENT