CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ini Bukan Soal Politik Atau Siapa Kebal - Nurul Hidayah Zahid Minta Lapor Polis Isu Ingkar PKP

22-4-2020 11:48 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 12198| Komen: 67



Selepas beberapa siri keingkaran golongan VIP semasa Perintah Kawalan Pergerakan masih berlangsung, terbaru anak kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid pula didakwa berbuat perkara serupa malah berkongsi mengenainya di laman Instagram beliau.

Nurulhidayah memuat naik beberapa foto di Instagram menunjukkan dirinya dan suami, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff bertemu dua orang kenamaan.

Kedua-dua orang kenamaan itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Ahmad Masrizal Muhammad. 





Ekoran hantaran mengenai pertemuannya dengan VIP menjadi tular, beliau tampil menjelaskan bahawa pertemuan tersebut berlaku atas urusan rasmi.

Nurul turut memaklumkan beiau memandu seorang diri ke sana dan bertemu suami  di pejabat  berkenaan untuk menemaninya, menyerahkan surat, membuat perbincangan dan pulang ke rumah berasingan selepas itu.


Bagaimanapun, Nurulhidayah meminta individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya membuat laporan polis jika merasakan perbuatan itu salah.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak tertakluk kepada PKP dan tidak terlepas daripada hukuman jika didapati bersalah melanggar arahan pihak berkuasa.

Jadi, sekiranya ada pihak lain yang keluar ke sana ke sini tapi tapi tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang, maka rakyat mengganggap ianya agak berat sebelah.

Mungkin benar kata pepatah Melayu - Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa. Rakyat dan golongan VIP ternyata berada pada dua darjat berbeza. - CARI


1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisbee 22-4-2020 12:03 PM
Cepat rosselermaxis report..x sbr nak tgk dia dimasuukan di rumah hantu
Quote CiliPadiSedap 22-4-2020 12:34 PM
undang2 untuk dipatuhi bukan untuk di report polis
Quote royaldanish 22-4-2020 12:55 PM
Sihat betul ye sheols skrg ni.. habis MCO ni agak2 sheol akan berangkut anak2 sekali madu pg holiday tak?

Lama betul sheols tunggu nak mendonia kat oversea
Quote munchkin 22-4-2020 12:57 PM
Talkinf bout siapa ni? Talking to a miror?
Quote MissVixen 22-4-2020 12:57 PM
Report je. Perampas laki orang ni bongkak kehulu kehilir.
Quote bakingsoda 22-4-2020 01:01 PM
terganggunya aku dgn hanger jersey dlm kabinet tu
Quote fliphair8 22-4-2020 01:07 PM
Meluat hakak ngan tino ni...helok dilokap jer....kuat tul mencapub kat socmed
Quote Tinot7 22-4-2020 01:14 PM
bakingsoda replied at 22-4-2020 01:01 PM
terganggunya aku dgn hanger jersey dlm kabinet tu

iosl pun sama. nape nombor 11?
Quote azimodin 22-4-2020 01:26 PM
Urusan rasmi? hello, meouls punya urusan rasmi pon through online platform yach... ko ingat ko  punya rasmi je laku ke?

lagi satu pulang berasingan... itu pon dah sama macam kes laki bini keluar shopping naik kereta asing2 untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Quote Rogue98 22-4-2020 01:35 PM
Rasmi lah sangat... nak bincang pasal lgbt jer pun. Tau pulak naik kereta asing2 ye sebab takut disuruh u turn lah tu. Yang nak sangat orang buat report polis tu dah kenapa? Kau ingat kau anak PM ke?
Quote GigaMom 22-4-2020 01:40 PM
Kalau Najib jatuh kerana Rosmah
Zahid jatuh kerana dia ni
Quote juruterra 22-4-2020 01:58 PM
kepam betul kak long ni in term of appearance, dan juga perangai PPRT nya itu
Quote sonatalady 22-4-2020 02:11 PM
Dia ni x bole ditegur..ada aje jawapan.
Masa ni lah nak bg itu ini..nak jumpa sana sini.
Sbb apa..rasa2 bapa dia bole naik ke apa.
Sbb tu kata..org biasa..mcm2 kena.yg mcm ni tunjuk terang2..x de plak.
Quote QueenIsolde 22-4-2020 02:36 PM
Dia ni jenis byk mjawab, dia ng bonet anak nazri aziz antara anak2 yg akan melingkupkan karier bapak. Duk diam2 kt umah apa salahnya
Quote becir 22-4-2020 02:43 PM
PN naik, dia pun naik sama la..jadah pakai purdah tapi time jumpa orang bukak, siap tangkap gambar...boooo...bagusla buat perangai, remind rakyat malaysia of what to come kalau wak jahid naik balik....nyah la kaklong penyondol pegi duduk saudi sana tu ha...
Quote Dee^Kay 22-4-2020 02:44 PM
Surat Urusan Rasmi? sekarang ni pun boleh utus melalui emel lah kan nak berbincang boleh jee call or video call
Quote helicornia 22-4-2020 02:53 PM
jubah konvo ke tu? pakej dgn topi
Quote matchstick 22-4-2020 03:45 PM
helicornia replied at 22-4-2020 02:53 PM
jubah konvo ke tu? pakej dgn topi

Aku baru nak tanya..topi konvo ke niqab yg diselak ke atas. Dh la baju pun mcm jubah konvo
Quote PEPPERMAN 22-4-2020 03:48 PM
Bodoh sombong bukanlah salah satu sebab yg diizinkan untuk ke luar ke mana2 sesuka hati ketika MCO ni.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.074131 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top