Gara-gara menari di TikTok, Wani Kayrie menjadi mangsa kecaman netizen. Katanya dia kesal dan kecewa kerana ada individu yang bukan pengikutnya melemparkan kata-kata kesar dan menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya.
"Saya kongsi video menari, tiba-tiba muncul komen hinaan. Sebelum ini memang saya minat menari dan masuk program Dansa Dan Sing. Mereka mungkin tak pernah tahu tentang minat saya dan hentam hanya kerana video yang baru mereka tengok. "Video itu hanya suka-suka dan bukan nak goda orang. Saya muat naik di Instagram pun sebab nak promosi jenama kasut yang dipakai," jelasnya kepada mStar Online.
|
Nes3in1 replied at 20-4-2020 04:37 PM
Who r yus?
ADVERTISEMENT