Gara-gara menari di TikTok, Wani Kayrie menjadi mangsa kecaman netizen.
Katanya dia kesal dan kecewa kerana ada individu yang bukan pengikutnya melemparkan kata-kata kesar dan menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya.
Foto: IG Story Via mStar Online
"Saya kongsi video menari, tiba-tiba muncul komen hinaan. Sebelum ini memang saya minat menari dan masuk program Dansa Dan Sing. Mereka mungkin tak pernah tahu tentang minat saya dan hentam hanya kerana video yang baru mereka tengok.
"Video itu hanya suka-suka dan bukan nak goda orang. Saya muat naik di Instagram pun sebab nak promosi jenama kasut yang dipakai," jelasnya kepada mStar Online.
Tak mahu perkara ini mengganggu emosinya, Wani memilih untuk mengabaikan sebarang komen negatif.
Paling teruk dia memadam dan menyekat akaun pengguna tersebut.
Foto: IG
"Ramai selebriti menerima nasib yang sama, jadilah pengguna media sosial yang matang dan positoif," pesannya. -CARI
|