CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi Anak, Bapa Jaja Telefon Bimbit Rosak Untuk Beli Beras

16-4-2020 06:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6156| Komen: 55

Penularan wabak maut Covid-19 hampir di seluruh dunia membuat ramai terkesan terutama golongan susah.


Kredit foto:



Terbaru, tular kisah meruntun jiwa di Batam, Indonesia apabila seorang lelaki berkeliaran untuk menjual telefon bimbitnya yang rosak.

Menurut TribunNews, kisah Ason Sopian itu dikongsikan di Instagram peguam Hotman Paris.



Menurutnya, Ason berjalan dari rumah ke rumah dengan harapan ada orang sudi membeli telefon bimbitnya yang rosak pada harga 10,000 rupiah iaitu lebih kurang RM3.

Difahamkan, lelaki itu nekad menjual peranti itu supaya dapat membeli sekilo beras untuk anak-anaknya.

Berikutan itu, Hotman menyeru pengusaha di Batam untuk menghulurkan sumbangan beras kepada golongan susah yang terjejas akibat Covid-19.

Sementara itu, usahawan dan YouTuber Putra Siregar menerusi IGnya turut berkongsi kisah pilu Ason yang menanggung lima anak.

Katanya, Ason tidak lagi bekerja sejak penularan wabak berkenaan di negara itu.

Walaupun isterinya masih bekerja, namun pendapatan 1 juta rupiah (RM276.29) tidak cukup untuk menanggung keperluan mereka sekeluarga.

"Semua anaknya tidak bersekolah, malah anaknya yang berusia tiga tahun mengalami masalah mental akibat lahir pramatang," katanya.



Menurut TribunnewsBogor, Ason menerima sumbangan daripada polis dalam bentuk wang dan keperluan asas. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 16-4-2020 06:07 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote Catpaw 16-4-2020 06:19 PM
Sedihnya... ingatkan kat Malaysia
Quote slavehunter 16-4-2020 06:21 PM
Kesiannye....Indonesia dan India lockdown terus kebuluran rakyat mereka.  India lagi la takde kerja tak diberi makan.
Quote Lengkong 16-4-2020 06:29 PM
Kesiannya..semoga dipermudahkan urusan


Quote Artemesiaa 16-4-2020 06:34 PM
Moga golongan dermawan disana ada yang sudi membantu keluarga ni dan mereka yang tak berkemampuan lainnya
Quote sapeka 16-4-2020 06:43 PM
Sedihnya
Orang berharta kat batam takde tolong ke?
Bukan luak pon
Bantu la serba sikit
Quote munchkin 16-4-2020 06:44 PM
Kesian. Moga dipermudahkan amin amin amin yrb. Sementara tu pesanan, stop beranak.
Quote ajimunchkin 16-4-2020 06:47 PM
Kesian.. syukurlah kita di sini ada jgk bantuan bekalan mkn asas tmasuk duit tunai bpn. Apa2pun moga dirahmati pck sekeluarga tsebut.
Quote acikhan 16-4-2020 07:12 PM
sapeka replied at 16-4-2020 06:43 PM
Sedihnya
Orang berharta kat batam takde tolong ke?
Bukan luak pon

Ade si ria ricis tu, sorg utuber tersohor Asia tenggara kata nyer, turun la ke Batam ooii
Quote Kenabertaubat 16-4-2020 07:14 PM
Ingat ke malaysia. Baru nak mintak no akaun
Quote sapeka 16-4-2020 07:26 PM
acikhan replied at 16-4-2020 07:12 PM
Ade si ria ricis tu, sorg utuber tersohor Asia tenggara kata nyer, turun la ke Batam ooii

Bantu la
Kesian
Harta tak luak pon setakat nak beli beras tolo sardin kat keluarga ni
Sementara pkp ni je
Quote damian_lee 16-4-2020 07:28 PM
slavehunter replied at 16-4-2020 10:21 AM
Kesiannye....Indonesia dan India lockdown terus kebuluran rakyat mereka.  India lagi la takde kerja  ...

Memang
Ramai yang kelaparan
Tapi aku yakin ada orang yang baik akan membantu

Since kerajaan dia mcm xde guna je
Quote Akumagoukioni 16-4-2020 07:35 PM
Kerajaan x bg bantuan ke? Tu la Masalah negara yg korup dan kuat main politik. Negara jd lemah rakyat menderita.
Quote VespaSilbe 16-4-2020 07:35 PM
Kat Malaysia pun ada cemgini
Kazen iols duk tanjung dawai ramai offer suh beli enfon
Kesian dgr
Quote raxief 16-4-2020 07:42 PM
kat batam ni.. kalau kerja level bawahan ni, upah paling tinggi boleh dapat cuma RM15 je sehari.. kalau kerja 30 hari sebulan pun ko dpt RM450 je.. dulu aku rajin ikut trip cycling ke sana.. kayuh sepanjang jambatan barelang tu
Quote sarah82 16-4-2020 07:45 PM
slavehunter replied at 16-4-2020 06:21 PM
Kesiannye....Indonesia dan India lockdown terus kebuluran rakyat mereka.  India lagi la takde kerja  ...

Tadi tengok gambar kat ig.. Sedih tengok india yg kebuluran.. Mng bersyukur kita dok malaysia.
Quote capiloton 16-4-2020 07:46 PM
kalau kisah macam ni. aku kesian.
harap hidup nya di permudahkan.

yang kisah bapak korek duit tabung,
sebab nak bayar saman anak degil langgar PKP tu,
aku malas nak kesian
Quote slavehunter 16-4-2020 07:46 PM
sarah82 replied at 16-4-2020 07:45 PM
Tadi tengok gambar kat ig.. Sedih tengok india yg kebuluran.. Mng bersyukur kita dok malaysia.

Beratur tunggu orang bagi nasi. Kesian sangat. Bersyukur kita duduk lahir di Malaysia.
Quote sarah82 16-4-2020 07:46 PM
raxief replied at 16-4-2020 07:42 PM
kat batam ni.. kalau kerja level bawahan ni, upah paling tinggi boleh dapat cuma RM15 je sehari.. ka ...

rm15 sehari? Tu gaji aku dpt masa aku buat part time kerja kat gerai nasi ayam masa tingkatan 5...kira3 21 tahun lepas punya citet.. Ermmm..

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.138748 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top