CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari Tu Roti Canai, Hari Ni Sorok Dadah Dalam Roti Pula

16-4-2020 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2699| Komen: 18

Polis menemui dadah di dalam bungkusan roti ketika sekatan jalan raya di Kampung Jawa, Klang, semalam.

Memetik Sinar Harian, bungkusan itu diserahkan pemandu e-hailing yang berasa curiga dengan bungkusan roti dan telur yang dibawanya.


Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, dalam sekatan sekitar jam 5.30 petang itu, pihaknya menerima satu bungkusan plastik berisi dua bungkus roti dan telur daripada pemandu berusia 26 tahun berkenaan.


Kredit foto: Sinar Harian

Katanya, pemandu berkenaan mula curiga apabila pelanggannya sanggup menggunakan perkhidmatannya semata-mata untuk menghantar bungkusan berkenaan dari Kampung Jawa ke Subang Jaya.

"Hasil pemeriksaan mendapati satu peket plastik lut sinar berisi leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 14.11 gram yang disembunyikan dalam roti," katanya.


Tambahnya, keterangan pemandu terbabit diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala suspek terbabit kini dalam buruan polis. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 16-4-2020 05:53 PM
jenis ganja ni low class sikit kot pengedarnya, patut la abg grab tu curiga, semata2 roti ni nk guna e hailing. btw abg2 grab ni harus dilindungi.risau pulak ak.
Quote Artemesiaa 16-4-2020 06:00 PM
Dah ada kes sebelum ni semestinya abam rider double check agar tak terjebak
Quote Kurex 16-4-2020 06:56 PM
Covid19 macam ni pun korang nak mendadih jugak ke???? Memang korang sial!!!!!!;;;!!
Quote Tinot7 16-4-2020 07:03 PM
Boleh ke hantar ke pusat serenti masa tgh2 covid ni?
Kalau berat, kena caj mengedar, kan? Sapa loyer kat sini?
Quote tipuware 16-4-2020 08:09 PM
Patut post la roti gardenia.. Baru la tak syak sgt. Still, smpt mendadih juga a tahi dadih ni
Quote Nahnukutu 16-4-2020 08:16 PM
Kurex replied at 16-4-2020 06:56 PM
Covid19 macam ni pun korang nak mendadih jugak ke???? Memang korang sial!!!!!!;;;!!

masa ni lah yang suka makan akan makin kuat makan, yang suka sembahyang makin kuat sembahyang, yang suka tidur makin kuat tidur etc etc...


Quote sarah82 16-4-2020 08:22 PM
Roti tu sedap.. Aku suka roti inti nyuk ni
Quote LadyCarefree 16-4-2020 10:23 PM
sarah82: Roti tu sedap.. Aku suka roti inti nyuk ni



Nyuk tu apa?
Quote Potato_kering 17-4-2020 12:02 AM
LadyCarefree: Nyuk tu apa?

Kelapa
Quote msdummy.2018 17-4-2020 01:29 AM
sarah82: Roti tu sedap.. Aku suka roti inti nyuk ni

Ya.... Susah cari roti ni.... Teringin nyaaa{:childlike
Quote supernaturalee 17-4-2020 02:23 AM
LadyCarefree replied at 16-4-2020 10:23 PM
Nyuk tu apa?

Nyoq

Lbh tepat ejaan begini bila disebut

Quote rogayahtop 17-4-2020 07:04 AM
mmg jarang jumpa inti kelapa ni.

kalau tgk resepi buat inti kelapa ni ramai pakai gula putih, akak lg suka roti inti kelapa gula melaka mcm koci tu, nak2 kalau yg pakai butter
Quote LadyCarefree 17-4-2020 07:37 AM
supernaturalee replied at 17-4-2020 01:23 AM
Nyoq

Lbh tepat ejaan begini bila disebut

Apakah itu?
Quote LadyCarefree 17-4-2020 07:37 AM
Potato_kering replied at 16-4-2020 11:02 PM
Kelapa

Ooooo laaaaa nyiur eh?
Quote Potato_kering 17-4-2020 02:05 PM
LadyCarefree replied at 17-4-2020 07:37 AM
Ooooo laaaaa nyiur eh?

Nyiur la kot. Pernah dgr org ckp nyok. Huhuhu
Quote supernaturalee 18-4-2020 01:18 AM
LadyCarefree replied at 17-4-2020 07:37 AM
Apakah itu?

Buah kelapa dear
Quote Cutiewidow 18-4-2020 01:19 AM
Pasal dadah ni org bole jd kreatif kan hihi
Quote LadyCarefree 18-4-2020 04:05 AM
supernaturalee replied at 18-4-2020 12:18 AM
Buah kelapa dear

Thank u chuols dearie tau dah ada orng jawabkan nyiur

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.139662 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top