CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syabas, Dr Noor Hisham Diiktiraf Antara Doktor Terbaik Dunia

16-4-2020 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9744| Komen: 73

Description: Terbaik, itulah yang boleh dikatakan terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah apabila diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia.Ia susulan usahanya da ...
Terbaik, itulah yang boleh dikatakan terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah apabila  diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia.


Ia susulan usahanya dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini, Astro Awani melaporkan.

Difahamkan, pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stresen televisyen, China Global TV Network.

Kredit foto: NST


Selain Dr Noor Hisham, 56 dua lagi doktor terbaik diiktiraf iaitu Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga doktor ini dikatakan menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya membuatkan orang ramai yang panik menjadi lebih tenang susulan wabak Covid-19 yang melanda.


Kredit foto: Astro Awani


Nama Dr Noor Hisham sering menjadi sebutan masyarakat sejak kebelakangan ini dan dilabel sebagai individu paling dipercayai rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemaskini situasi semasa wabak berkenaan. 

Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar dalam menjawab segala persoalan daripada pihak media. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 15-4-2020 06:26 PM
Dg terbaik.. sape yang lawan mmg i nak hempuk dgn kuali..
Quote Akumagoukioni 15-4-2020 07:00 PM
lattehazelnut replied at 15-4-2020 06:26 PM
Dg terbaik.. sape yang lawan mmg i nak hempuk dgn kuali..

Maxis plg terbaik. Dg x blh bla
Quote lostnfaun 15-4-2020 07:08 PM
lattehazelnut replied at 15-4-2020 06:26 PM
Dg terbaik.. sape yang lawan mmg i nak hempuk dgn kuali..

Tp pegawai khas si kitol dah mula hentam KKM secara terbuka.
Quote acik79 15-4-2020 07:12 PM
Alhamdulillah tapi perjalanan kita masih panjang lagi dgn kluster baru bali & sendayan... kluster scotland @ artis sekali...
Quote nefnefnef 15-4-2020 07:15 PM
Jyeahhhh DG Noor Hisham...iols bangga
Quote fatinandreanna 15-4-2020 07:15 PM
Agree. Mmg DG kita among world best. Personally bagi aku, first among equal.
Quote Iwillgetulater 15-4-2020 07:20 PM
Syabas Dr Noor Hisham...Satu tamparan kpd geng anti PKP
Quote kaseh80 15-4-2020 07:20 PM
Yes one of the BEST
Quote tumpanglalu74 15-4-2020 07:21 PM
Edited by tumpanglalu74 at 15-4-2020 07:27 PM

Screenshot_20200415-191857.png
Feb 18, 2020.

"So right now don't worry about it," ~ Fauci

IMG_20200415_192451_786.JPG
Tengok tu dia suroh jangan pake mask.  Ujung2 Trump yang pegi ban pelancong China tu dorang canang racist la hape.
Quote R2D2 15-4-2020 08:26 PM
hari2 dia menghadap media
3 PKP bermakna 42 hari berturut-turut
tu sebab kiri kanan dia ada pengarah
incase kalau ada info tambahan kiri kanan boleh bantu
maklum la berdepan dgn media
kena prepare mcm2 jawapan
Quote mbhcsf 15-4-2020 08:46 PM
R2D2 replied at 15-4-2020 08:26 PM
hari2 dia menghadap media
3 PKP bermakna 42 hari berturut-turut
tu sebab kiri kanan dia ada pengar ...

sebab tu kalau kita tengok surgeons ni gang gang yg calm and collected. All this whiel kita dapat lihat kesan training dalam profesion ini yg latih seseorag tu sabar, calm and be prepared. dia tak muka panic. Imagie if beliau panic haaa..kelam kabut.

sebab tu depa paling sabaq

Quote Peterpan17 15-4-2020 08:52 PM
lattehazelnut replied at 15-4-2020 06:26 PM
Dg terbaik.. sape yang lawan mmg i nak hempuk dgn kuali..

Siap ada yg buat kartun anime Dr Noorhisham dgn frontliners. Sakit perut aku ketawa. Mmg kreatif betul orang Msia ni. Cuba ko tengok facebook Bro, Dont be like thatlah.
Quote Jiddin 15-4-2020 09:03 PM
mbhcsf replied at 15-4-2020 08:46 PM
sebab tu kalau kita tengok surgeons ni gang gang yg calm and collected. All this whiel kita dapat  ...

Bener.....iuols pun tak rela kalau kena bedah dgn doktor yg kalut Dan mudah cemas
Quote Eric.n9 15-4-2020 09:04 PM
lostnfaun replied at 15-4-2020 07:08 PM
Tp pegawai khas si kitol dah mula hentam KKM secara terbuka.

tak lama la dia tu nanti, kena benam2 dek netizen.
kesilapan besar mencabar hero pujaan masa kini
Quote R2D2 15-4-2020 09:05 PM
Noor Hisham antara wajah paling dipercayai
Agensi


NAMA tiga tokoh perubatan kini menjadi perhatian dunia dan digelar ‘wajah paling dipercayai’.

Seorang daripada figura berkenaan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang digelar pahlawan, sumber inspirasi dan hero oleh pengikutnya di laman Facebook.

Portal China Global Television Network (CGTN) melaporkan, selain Noor Hisham, dua lagi tokoh perubatan yang mendapat perhatian adalah Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga tokoh perubatan itu menampilkan sisi berbeza dalam waktu membimbangkan dunia ketika ini dengan menyampaikan maklumat dan saranan kesihatan untuk menenangkan orang awam.

Kira-kira dua bulan lalu, tiada sesiapa mengenali ketiga-tiga lelaki berkenaan namun, hari ini nama mereka disebut-sebut malah diberi gelaran ‘buah hati’, ‘bintang rock’ dan ‘hero negara’ di sosial media.

Fauci, 79, adalah Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD) manakala, Bloomfield, 54, dan Noor Hisham, 56, adalah ketua pengarah kesihatan di kementerian kesihatan negara masing-masing.

Mereka juga bukan menteri kabinet namun, bertanggungjawab untuk menyampaikan perkembangan terkini keadaan semasa pandemik Covid-19.

Walaupun ada masanya kerajaan bertindak lambat atau mengeluarkan arahan yang mengelirukan, ketiga-tiga tokoh ini akan memainkan peranan untuk memastikan orang awam kekal tenang dengan menyampaikan fakta meyakinkan.

Fauci mengetuai NIAD sejak 1984 dan menjadi penasihat perubatan kepada enam presiden AS serta pernah ‘memerangi’ HIV/AIDS, Zika dan Ebola.

Noor Hisham pula menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan masih menjalankan tugas sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya.

Manakala, Bloomfield sebelum ini bertugas di United Kingdom dan New Zealand serta pernah menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva.

Fauci dilaporkan bertugas antara 16 hingga 18 jam sehari sejak beberapa minggu lalu dan melayani sesi temubual dengan semua rangkaian televisyen yang ada.

Noor Hisham pula belum pernah gagal membuat hantaran di Twitter dan Facebook walaupun pada lewat malam untuk memberikan maklumat terkini berkaitan situasi Covid-19 di Malaysia.

Lebih menarik lagi, hari Bloomfield mengambil cuti rehat menjadi tajuk utama akhbar di New Zealand bulan lalu dengan paparan “Akhirnya Bloomfield Mengambil Cuti Sehari”.

Quote aechae 15-4-2020 09:05 PM
Akumagoukioni replied at 15-4-2020 07:00 PM
Maxis plg terbaik. Dg x blh bla

Ahahahha...lmbt sket mula2 nk relate nape mention maxis
Quote lurve82 15-4-2020 09:13 PM
dia memang org hebat...harap terus sihat dan diberi kekuatan untuk melawan covid ni..termasuk semua frontliners...
Quote R2D2 15-4-2020 09:14 PM
Screenshot_1.jpg
Quote mbhcsf 15-4-2020 09:23 PM

wow sapa yg kanan tu

that is handsome

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.265304 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top