Takut melihat penghinaan dilemparkan terhadap anak Zarina Anjoulie di sebuah aplikasi sembang. Dalam satu kemas kini di Instagramnya, jelas kelihatan Anju terkilan apabila ada pihak tidak sensitif dengan biadab melemparkan kata-kata penghinaan berbaur lucah terhadap anaknya, Martin.
"Apa dosa anak aku kat kau," tulisnya. Dalam masa sama, Anju memberi bayangan isu ini membabitkan public figure. Siapakah gerangannya itu? Agak menakutkan membaca penghinaan dilemparkan itu. Anju bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk berjuang demi anak dan netizen. Rata-rata warganet kecewa kerana tidak sepatutnya nama orang lain terutama anak kecil yang tidak bersalah dan terbabit kontroversi ibunya 'dipetik' dan dijadikan bahan hinaan. - CARI
|
dua_chzy: Siapa yang ada masa sangat buat group Telegram mengumpat pasal artis ni?
ADVERTISEMENT