Panik selepas terbabit kemalangan, remaja meninggalkan mayat teman wanitanya di hadapan di garaj rumah keluarga mangsa. Menurut BERNAMA, kejadian berlaku di Felda Keratong 10, Rompin, pagi semalam.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui datuknya ketika lelaki itu ingin meletakkan pacuan empat roda miliknya di garaj itu sekitar jam 10 pagi. Kredit foto: BH Online Kata Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon, datuk mangsa keluar dari kenderaannya untuk memeriksa “bungkusan” yang ditutup menggunakan kain pelekat itu dan terkejut apabila mendapati ia adalah cucu perempuannya berusia 17 tahun dalam keadaan berlumuran darah. “Siasatan awal terhadap teman lelaki mangsa yang berusia 17 tahun mendakwa mereka keluar berjalan-jalan sekitar 3.30 pagi dengan menunggang sebuah motosikal sebelum terlanggar seekor kerbau di tengah jalan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3. "Teman lelaki mangsa mendakwa kemalangan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri kerana parah di kepala dan paha, manakala dirinya hanya cedera ringan di tangan dan kaki,” katanya dipetik BERNAMA.
Takut dimarahi keluarga mangsa, remaja terbabit yang tinggal di Felda Keratong 5 membawa mangsa 'pulang' dan terus beredar dari lokasi kejadian. Sementara itu, keluarga mangsa mendakwa tidak menyedari kehilangan anak sulung daripada empat beradik terbabit kerana menyangka dia masih tidur di tingkat atas rumah berkenaan. Tambah Azari, mayat dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk bedah siasat, manakala remaja lelaki terbabit ditahan bagi siasatan lanjut. - CARI
|
wunan88 replied at 12-4-2020 08:44 PM
Gatalnya dua2 ni keluar sampai 3.30pagi..nak p mana la tue
dahla musim PKP nie..mak bapak taw x nie ...
domestobot replied at 12-4-2020 08:51 PM
nasib ko le brader, nak bercanda malam2 buta time PKP. dah la kena tangkap, anak orang mati lak tu. ...
raxief replied at 12-4-2020 09:10 PM
mcm mane dia bawak mayat tu ek.. ikat ke?
ADVERTISEMENT