View: 21774|Reply: 230
|
[Tempatan]
Bonceng mayat teman wanita sejauh 15 kilometer. (UPDATED)Remaja 'hantar' pulang
[Copy link]
|
|
Edited by lanesra at 13-4-2020 04:10 PM
Mayat mangsa ditemui di garaj sebuah rumah di FELDA Keratong 5. - NSTP/Ihsan Polis
ROMPIN: Tindakan sepasang remaja bersiar-siar dengan motosikal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, berakhir tragedi apabila motosikal dinaiki mereka bertembung kerbau, menyebabkan seorang gadis terbunuh awal pagi ini.
Dalam ketakutan melihat teman wanitanya meninggal dunia di lokasi nahas itu, remaja lelaki terbabit membawa mayat mangsa dengan motosikal sebelum ditinggalkan di bawah garaj rumah keluarga gadis terbabit di FELDA Keratong 5 dekat Muadzam Shah di sini.
Suspek berusia 17 tahun itu, dikatakan membawa mayat mangsa yang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala itu sejauh 15 kilometer, selepas mereka terbabit kemalangan dengan kerbau berkenaan di hadapan kilang sawit FELDA Keratong 3, kira-kira jam 3.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun, berkata siasatan mendapati suspek bersama mangsa berusia 17 tahun itu, keluar bersiar-siar dengan motosikal jenis Yamaha LC berwarna biru.
“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mereka bertembung seekor kerbau yang dikatakan baring di tengah jalan.
“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan peha serta berada dalam keadaan tidak sedar selepas kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Azari berkata, suspek kemudian bertindak membawa mangsa dengan motosikal sama ke rumah remaja perempuan terbabit di FELDA Keratong 5, sebelum ditinggalkan di bawah garaj di situ.
“Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kemalangan terbabit, sebaliknya terus beredar dari rumah berkenaan dipercayai kerana terlalu takut.
“Kira-kira jam 10 pagi ini, datuk mangsa yang sedang meletakkan kenderaan di garaj berkenaan menemui mayat cucunya yang dibungkus dengan kain, sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik dan siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.
“Polis sudah menahan remaja lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut dan kita turut merampas motosikal Yamaha 135 LC berkenaan.
“Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gatalnya dua2 ni keluar sampai 3.30pagi..nak p mana la tue
dahla musim PKP nie..mak bapak taw x nie
|
|
|
|
|
|
|
|
pkp pkp ni pun kau pg bersiar siar.. dekat sawah pulak tu... bodoh la budak |
|
|
|
|
|
|
|
wunan88 replied at 12-4-2020 08:44 PM
Gatalnya dua2 ni keluar sampai 3.30pagi..nak p mana la tue
dahla musim PKP nie..mak bapak taw x nie ...
Maybe keluar senyap2 bila family dah tidur. Pagi2 buta pun boleh keluar jumpa boyfriend. Tak tau nak cakap apa. Si boyfriend tu pun tak pasal2 kena hukuman lagi berat. Ikut sangat darah muda |
|
|
|
|
|
|
|
3.30 am? Aku sedap membuta masa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib ko le brader, nak bercanda malam2 buta time PKP. dah la kena tangkap, anak orang mati lak tu. takpelah belajar daripada pengalaman hidup okeh, semoga pishang dalam jel. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan kes ni kt indon... rupanya di rompin...
hmm... curi kuar siar2... skali jd tragedi |
|
|
|
|
|
|
|
ketakutan dia byk tahap..
takut pd keluarga perempuan..takut pd pihk berkuasa.... tp jgn lupa sebelum 'takut' itu dtg..dia seorang 'pemberani'.... ya la.. klu tk berani..tk kan diorng sanggup hadap halangan2 tu semua...
aku juga terfikir..brp tahap IQ budak2 felda kws tu... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mane dia bawak mayat tu ek.. ikat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi cash!!!
Gatal betul ikut laki tgh mlm semata2 nk projek..
xpadan dgn blm hbs sekolah..mesti jalan tak buka lampu sbb takot kantoi..
Maaf xblh sangka baik..selayaknya lah dimalukan satu msia sbb xjaga maruah. org lain mati syahid wabak covid.. Ko mati sbb nk puaskan nafsu laki.. Last2 mati kejung laki tu tinggal je tepi rumah |
|
|
|
|
|
|
|
nauzubillah..kejamnye ko terhadap kekasih
Hantar la spital |
|
|
|
|
|
|
|
domestobot replied at 12-4-2020 08:51 PM
nasib ko le brader, nak bercanda malam2 buta time PKP. dah la kena tangkap, anak orang mati lak tu. ...
Tak rasa dia akan kena penjara |
|
|
|
|
|
|
|
raxief replied at 12-4-2020 09:10 PM
mcm mane dia bawak mayat tu ek.. ikat ke?
Tu la..cemana dia bawak. Harus dah lembik mayat tu. ngeri ah dah la bawak 15km. Jauh gak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti curi2 keluar tu yg panik dan takut nak bgtau keluarga gf..takziah pada keluarga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana keadaan kerbau? |
|
|
|
|
|
|
|
maybe boleh viral kan ke atau jadikan topik hangat kot kes ni seantero malaysia. pengajaran bg yg dok malam2 kuar tak tentu hala. amik ko. agaknya diorg nak dating time lain, line tak clear...terus tukar time lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian..terlalu ikut nafsu muda.
Dh jadi mcm..harap2 berubah lah yg lelaki tu. |
|
|
|
|
|
|
|
So kejam... Harap mereput dalam lokap |
|
|
|
|
|
|
|
Family ingat anak still tido lagi, rupanya dah meninggal mayat kat porch. |
|
|
|
|
|
|
|
Pkl 3.30 pagi ko kata bersiar2? ni mesti kes curi2 keluar ikut tingkap. Byk caj blh kena kt suspek ni.... langgar pkp, bwk lari anak org, kalau sempat k@$#$k blh kena caj rogol.... kalau xde lesen motor lg.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|