CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia Tangguh Cuti Raya Aidilfitri Ke Hujung Tahun

13-4-2020 10:22 AM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 6164| Komen: 41|Original author: Oleh: Ceteria Hukama

Kredit : lifepal.co.id

Indonesia memutuskan cuti umum Hari Raya Aidilfitri yang sepatutnya jatuh pada 26 Mei hingga 29 Mei depan akan dipinda ke hujung tahun ekoran penularan wabak Covid-19.

Menurut laporan portal Jakarta Post, tarikh baru cuti umum perayaan umat Islam tersebut dianjak kepada 28 Disember hingga 31 Disember depan.

Menteri Koordinasi Pembangunan Sumber Manusia dan Kebudayaan, Muhadjir Effendy berkata, keputusan drastik itu terpaksa dibuat berikutan kebimbangan gelombang balik kampung untuk menyambut raya yang merupakan tradisi rakyat Indonesia.


Kredit : aksi.id

"Kita menganggarkan aktiviti mudik lebaran (balik kampung sempena raya) biasanya melibatkan sekurang-kurangnya 20 juta penduduk Indonesia.

"Sekiranya acara tahunan ini diteruskan, kita bimbang penularan wabak Covid-19 semakin sukar dibendung di Indonesia," katanya.

Seperti Malaysia, penduduk yang menetap di bandar-bandar besar secara tradisinya akan pulang ke kampung masing-masing pada penghujung Ramadan untuk menyambut 1 Syawal bersama keluarga.


Kredit : hetanews.com

Muhadjir berkata, penyusunan semula cuti umum Aidilfitri tahun ini selaras dengan rayuan Presiden Indonesia, Joko Widodo agar rakyat republik itu tidak melakukan mudik lebaran pada tahun ini  bagi mengekang wabak Covid-19.

Begitupun beliau menjelaskan tiada larangan rasmi terhadap mudik lebaran, namun individu yang berbuat demikian akan dikategorikan sebagai Orang Dalam Pemantuan.

Sebelum ini, dua pertubuhan Islam terbesar negara jiran itu iaitu Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah juga memberi nasihat sama. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Marylis 10-4-2020 03:08 PM
eh... so maknanya Indonesia tak beraya ler ya... ke camne..
Quote Supersirap 10-4-2020 03:34 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote hayrin86 10-4-2020 04:21 PM
Batalkan Hari Raya tahun ini pun tak apa..
Quote Megikari 10-4-2020 04:27 PM
Mati ke kalau setahun tak beraya?
Quote noor2 10-4-2020 04:28 PM
Perlu ke sampai tunda. ....X beraya pun X pela. ...boleh pula tunda2
Quote raxief 10-4-2020 04:35 PM
hak alah.. merepek sial yindon ni
Quote farlis 10-4-2020 04:45 PM
Entahnya.. blh pulak pinda2 tarikh cuti raya... ada beza ka? i relaks2 ja blh raya kt opis
Quote crazybeach 10-4-2020 04:48 PM
pinda tarikh cuti public holiday tu je lah ye? baru jah nak maki ingatkan kot memandai2 tukar 1 syawal ke tarikh lain ke hapo. motip nak pakai jugak nama cuti aidilfitri letak lah cuti hujung tahun ke apa
Quote orgsepang 10-4-2020 04:49 PM
Buat apa nak pinda, raya tetap raya cuma caranya berbeza sikit. Ini kan zaman moden, guna saja online. Pelik2 indonesia ni.
Quote hyie 10-4-2020 05:10 PM
yang iols faham, mesej teks kat atas ni adalah tarikh cuti umum yang rasmi bagi hari raya negara Indonesia di tukar ke bulan Disember. 24/5 tu tetapla hari raya lepas sebulan puasa, cumanya tarikh rasmi negara je diubah. Maksudnya, nanti bulan Disember, satu negara tu cuti umum gitu sempena hari raya. Gitulah...
Quote Tinot7 10-4-2020 05:13 PM
Semoga dipermudahkan.
Depa nak balik kg akhir tahun le tu
Quote AbukRokok 10-4-2020 06:02 PM
menangis sendu di jendela di pagi aedelfiter yg sendu nanti
Quote noell 10-4-2020 06:09 PM
yg aku paham maksud cuti diubah pasai setiap idulfitri indon akn mudik means balik kampung sampai 20 juta since cuti raya panjang...so this year takleh balik kampung & raya pun depa lockdown takleh pi mana so cuti disember tuh as a compensate cuti mudik
Quote bebah 10-4-2020 06:11 PM
perlu ke tunda..bukan ke raya aidilfitri di bulan syawal so klu da lepas bulan syawal nak raya apa lagi...heh
Quote Artemesiaa 10-4-2020 06:15 PM
Marylis replied at 10-4-2020 03:08 PM
eh... so maknanya Indonesia tak beraya ler ya... ke camne..

Maknya tahun ni mereka tak bercuti panjang sempena raya macam kebiasaannya.  Jadi cuti panjang yang diperuntukan untuk raya tu akan diganti dengan cuti panjang pada hujung tahun nanti.
Quote Imkhai 10-4-2020 06:16 PM
Biar la rkyt diaorg kn ramai,20juta kot nk blk ke kg halaman time raya,tu blm lg rkyt diaorg yg keja luar negara ingt gaes muslim kt indon yg pling ramai didunia
Quote nesloice 10-4-2020 06:19 PM
tunda tahun depan la
bersangka baik
Quote delia3003 10-4-2020 06:22 PM
Ganti cuti umum je ler uols.
Quote misc 10-4-2020 06:23 PM
I syawal tetap jatuh pada 24 may. Raikan 1 syawal dirumah dah ler. Why la so complicated. Islam tu mudah.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.045522 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top