View: 5106|Reply: 41
|
Indonesia pinda cuti umum Hari Raya Aidilfitri ke bulan Disember
[Copy link]
|
|
Edited by BomBoLoniS at 10-4-2020 08:42 PM
Indonesia pinda tarikh Aidilfitri kerana COVID-19
Share
Tweet
JAKARTA: Kerajaan akan membawa cuti umum Aidilfitri ke Disember ini berikutan ancaman COVID-19 yang memuncak sekarang dan dikhuatiri mengakibatkan lebih ramai dijangkiti.
Puasa kali ini dijangka bermula 23 April hingga 23 Mei ini dan menjadi tradisi rakyat Indonesia yang bekerja di bandar besar untuk kembali ke kampung sempena cuti panjang pada penghujung Ramadan untuk meraikan Aidilfitri.
Kerajaan menjangkakan kira-kira 20 juta rakyat berbuat demikian, malah ada yang sudah kembali ke kampung halaman, mengingkari perintah larangan pihak berkuasa kesihatan.
Berikutan penularan wabak dan musim perayaan, Menteri Pembangunan dan Kebudayaan Manusia, Muhadjir Effendy, berkata cuti umum dipinda ke Disember iaitu dari 28 hingga 31 Disember berbanding cuti asal pada 26 hingga 29 Mei ini.
“Pindaan cuti ini adalah arahan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan tiada rayuan untuk mengembalikan pada tarikh asal,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini, Jokowi berkata kerajaan sedang mempertimbangkan tarikh cuti umum baharu sempena Aidilfitri berikutan pandemik COVID-19 yang memuncak sekarang.
Kerajaan juga mengumumkan cuti umum pada 28 Oktober ini sempena hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW.
“Peralihan cuti umum pada akhir tahun dipertimbangkan supaya penularan COVID-19 dapat ditangani dengan baik.
“Di samping itu, pada akhir tahun, kanak-kanak akan mula cuti dan keluarga akan mempunyai masa yang cukup untuk merancang percutian," kata kenyataan itu.
Dua organisasi Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah, turut menasihatkan orang ramai tidak mengambil bahagian dalam ‘mudik’ atau tradisi balik kampung itu.
Bagaimanapun, kerajaan tidak melarang mudik disebabkan pertimbangan ekonomi, sebaliknya akan memberi bantuan sosial kepada keluarga berpendapatan rendah.
Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Indonesia mengesahkan 3,293 kes jangkitan coronavirus dengan 280 kematian selain 252 lagi sudah sembuh.
Jakarta, yang menjadi pusat penularan wabak, merekodkan 1,706 kes dengan 142 kematian dan 82 lagi sudah pulih. - AGENSI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eh... so maknanya Indonesia tak beraya ler ya... ke camne.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Batalkan Hari Raya tahun ini pun tak apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mati ke kalau setahun tak beraya? |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke sampai tunda. ....X beraya pun X pela. ...boleh pula tunda2 |
|
|
|
|
|
|
|
hak alah.. merepek sial yindon ni |
|
|
|
|
|
|
|
Entahnya.. blh pulak pinda2 tarikh cuti raya... ada beza ka? i relaks2 ja blh raya kt opis |
|
|
|
|
|
|
|
pinda tarikh cuti public holiday tu je lah ye? baru jah nak maki ingatkan kot memandai2 tukar 1 syawal ke tarikh lain ke hapo. motip nak pakai jugak nama cuti aidilfitri letak lah cuti hujung tahun ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa nak pinda, raya tetap raya cuma caranya berbeza sikit. Ini kan zaman moden, guna saja online. Pelik2 indonesia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
yang iols faham, mesej teks kat atas ni adalah tarikh cuti umum yang rasmi bagi hari raya negara Indonesia di tukar ke bulan Disember. 24/5 tu tetapla hari raya lepas sebulan puasa, cumanya tarikh rasmi negara je diubah. Maksudnya, nanti bulan Disember, satu negara tu cuti umum gitu sempena hari raya. Gitulah... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan.
Depa nak balik kg akhir tahun le tu |
|
|
|
|
|
|
|
menangis sendu di jendela di pagi aedelfiter yg sendu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku paham maksud cuti diubah pasai setiap idulfitri indon akn mudik means balik kampung sampai 20 juta since cuti raya panjang...so this year takleh balik kampung & raya pun depa lockdown takleh pi mana so cuti disember tuh as a compensate cuti mudik |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke tunda..bukan ke raya aidilfitri di bulan syawal so klu da lepas bulan syawal nak raya apa lagi...heh |
|
|
|
|
|
|
|
Maknya tahun ni mereka tak bercuti panjang sempena raya macam kebiasaannya. Jadi cuti panjang yang diperuntukan untuk raya tu akan diganti dengan cuti panjang pada hujung tahun nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar la rkyt diaorg kn ramai,20juta kot nk blk ke kg halaman time raya,tu blm lg rkyt diaorg yg keja luar negara ingt gaes muslim kt indon yg pling ramai didunia |
|
|
|
|
|
|
|
tunda tahun depan la
bersangka baik |
|
|
|
|
|
|
|
Ganti cuti umum je ler uols.
|
|
|
|
|
|
|
|
I syawal tetap jatuh pada 24 may. Raikan 1 syawal dirumah dah ler. Why la so complicated. Islam tu mudah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|