COVID-19 boleh kembali aktif semula pada pesakit yang sudah sembuh? Persoalan kepada kemungkinan ini menjadi kebimbangan global apabila orang awam terlalu risau akan dijangkiti semula. Menurut Ketua Pengarah CDC, Jeong Eun-kyeong, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (CDC) melaporkan kira-kira 51 pesakit dikategorikan sembuh di Korea Selatan kembali positif, sama ada dijangkiti atau virus itu kembali aktif, di mana mereka diuji positif selepas habis tempoh kuarantin. Menurut Dr Ahmad Samhan Awang, ini mungkin terjadi disebabkan ujian covid yang tinggi spesifikasi tetapi rendah sensitiviti.
Bermakna, jika positif, pesakit itu memang dijangkiti COVID-19. Jika negatif, belum tentu pesakit adalah negatif. Ia di panggil false-negative. Dalam keadaan ini, pesakit telahpun dijangkiti tetapi keputusan menunjukkan negatif. Hal ini mungkin disebabkan jangkitan semula, tetapi belum dapat dipastikan kerana belum ada kajian saintifik mengenainya. Kita belum tahu siapa sasaran yang boleh dijangkiti semula dan apa faktor yang menghidupkan semula virus berkenaan. Menurutnya lagi, apabila virus masuk ke dalam badan, sistem imun badan akan bertindak balas dengan virus (antigen). Ini akan menghasilkan antibodi yang akan melawan virus atau kuman tersebut. Antibodi akan kekal di dalam badan dan melawan virus andai kata dijangkiti semula. Sebelum ini, ada laporan mengatakan COVID-19 akan bermutasi dan antibodi yang terhasil tak dapat mengenalinya. Untuk info, virus ini bermutasi tetapi virus agak stabil dan tidak bermutasi sebanyak influenza. Ia ada yang jenis L dan jenis S. Tapi influenza ada, H1N1,H1N2,H2N1 dan seterusnya. Kebiasaannya, jika sudah dijangkiti, sepatutnya sukar untuk dijangkiti kembali. Mana-mana individu yang sembuh daripada infeksi virus jarang sekali akan dapat jangkitan kali kedua sebab mempunyai imuniti dalam tubuh untuk melawan penyakit berkaitan. Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan COVID-19. Walaupun sudah sembuh, teruskan amalkan langkah pencegahan yang betul seperti: ✅ Mandi dan basuh pakain dengan sabun selepas keluar beli barang keperluan. ✅ Duduk rumah ✅ Basuh tangan dengan sabun ✅ Pakai topeng muka ✅ Kekalkan jarak 1 meter Langkah pencegahan sangat penting. Jadi marilah kita bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam menangani isu wabak COVID-19 ini. Kita belum memang, tapi kita juga belum kalah. - CARI
|
Grose replied at 15-4-2020 10:41 AM
duduk rumah (pkpmco)needs to be lifted up and enforcement on the rest on the list of safety measures ...
ADVERTISEMENT