CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Naik Hantu, Libas Isteri Dengan Pisau Kerana Enggan Rujuk

15-4-2020 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3380| Komen: 18

Enggan rujuk semula menyebabkan seorang wanita parah diserang suaminya dengan pisau belati.

TribunNews melaporkan, kejadian berlaku pada Isnin di Mojokerto, Indonesia ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.


Ketika kejadian, suspek, M Yaudik, 34, dikatakan menghampiri Lilis Setyowati yang berada di atas motosikal sebelum melibas pisau berkenaan menyebabkan mangsa cedera di pergelangan tangan kiri, siku kanan dan punggung.


Kredit foto:


Suspek juga memukul wajah mangsa sebelum orang ramai yang menyedari kejadian di tepi jalan itu menghampiri untuk membantu mangsa dan membawanya ke hospital.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah (Kasat Reskrim) Mojokerto, Dewa Putu Prima, suspek bertindak demikian kerana berang permintaannya untuk rujuk ditolak mangsa.

"Wanita itu menganggap lelaki berkenaan sebagai saudara.


“Siasatan di tempat kejadian menemui pisau dengan kesan darah,” katanya yang memaklumkan pasangan terbabit masih berstatus suami isteri.

Tambahnya, suspek kini dalam buruan polis. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 15-4-2020 03:25 PM
iols ingat kes izzue selam dgan awin
Quote jazaa100 15-4-2020 03:44 PM
Semak lah berita indon masuk kat CI ni.....

Kita tengah panas covid....nk  baca kisah indon libas parang, eeuwww sgt.....
Quote nuno 15-4-2020 03:58 PM
Apa yg susah dah...lafaz je rujuk bukan isteri kau ada hak nak tolak pun
Ingat,
Cerai, rujuk hak suami
Nafkah hak isteri
Quote minah_selekeh 15-4-2020 04:11 PM
Ko ganas camtu, lagi la orang tak nak.. Stupid!
Quote Al-Patih 15-4-2020 04:29 PM
berita luar negaro ni...
Quote crazybeach 15-4-2020 05:01 PM
apo susah kau sepak terajang jah dia balik cam mokcik ni baru tahu dia terduduk menangis di bucu sliding door

[youtube]suoaf-7L8YE[/youtube]

Quote bloodyamuk 15-4-2020 07:03 PM
minah_selekeh: Ko ganas camtu, lagi la orang tak nak.. Stupid!


tau takpe...psiko siot laki camni...macam kes bini mati kena tikam ke cekik ntah sebab takmau rujuk balik...

sayang apa kalo camtu sampai biar bini terluka, mati etc...tu bukan sayang tapi psiko!
Quote budaktua 15-4-2020 07:06 PM
crazybeach replied at 15-4-2020 05:01 PM
apo susah kau sepak terajang jah dia balik cam mokcik ni baru tahu dia terduduk menangis di bucu sli ...

loghat pahang ni...

kes lama ke baru..?


Quote crazybeach 15-4-2020 07:10 PM
budaktua replied at 15-4-2020 11:06 AM
loghat pahang ni...

kes lama ke baru..?

lama dah

Quote nefnefnef 15-4-2020 07:13 PM
Kes terlalu berat untuk melepaskan
Quote acik79 15-4-2020 07:17 PM
crazybeach replied at 15-4-2020 05:01 PM
apo susah kau sepak terajang jah dia balik cam mokcik ni baru tahu dia terduduk menangis di bucu sli ...

Ganasnya bini dia... mesti laki tak bertanggungjawab...
Quote Supersirap 23-4-2020 07:10 PM
Perkara boleh bincang, x perlu sampai membunuh bagai, sesal kemudian sudah tidak berguna
Quote Akumagoukioni 23-4-2020 07:15 PM
jazaa100 replied at 15-4-2020 03:44 PM
Semak lah berita indon masuk kat CI ni.....

Kita tengah panas covid....nk  baca kisah indon libas ...


Sementara itu forum indon pula tepek berita malaysia 10 orang kene cekup makan ayam ramai2 haha..
Quote jazaa100 23-4-2020 08:22 PM
Akumagoukioni replied at 23-4-2020 07:15 PM
Sementara itu forum indon pula tepek berita malaysia 10 orang kene cekup makan ayam ramai2 haha. ...

Mkn kat belakang rumah tu kannn....
Quote capiloton 23-4-2020 09:39 PM
Edited by capiloton at 23-4-2020 09:47 PM

apa faedah share domestic abuse dari negara luar nih?
nak orang sini tiru ker?
Quote capiloton 23-4-2020 09:43 PM
acik79 replied at 15-4-2020 07:17 PM
Ganasnya bini dia... mesti laki tak bertanggungjawab...

kalau laki belasah bini dia, nak kata acaner?
memang patut kena pukul,  "mesti bini tak bertanggung jawab"
ker
Quote acik79 24-4-2020 04:30 PM
capiloton replied at 23-4-2020 09:43 PM
kalau laki belasah bini dia, nak kata acaner?
memang patut kena pukul,  "mesti bini tak bertanggu ...

Silap sebut kihkohkih ganasnya laki dia... manusia makin tenat skrg kan?
Quote Tinot7 24-4-2020 06:21 PM
hhiii... seramnya

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.048478 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top