CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Okey Je, Yang Lain Gelisah Sangat Nak Balik Kenapa?

14-4-2020 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7418| Komen: 49

Berbeza dengan kebanyakan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), tinjauan di Twitter ini menunjukkan majoriti yang terkandas di asrama berada dalam keadaan selesa.

Tinjauan dilakukan Khairul Azri mendapati ramai penuntut berpuas hati dengan pihak pengurusan universiti masing-masing.



Kredit foto: twitter

Dalam ciapannya, Khairul meminta penuntut terjejas membalas ciapannya dengan menceritakan keadaan mereka di kampus masing-masing terutama dari segi keadaan mental.

Majoriti memaklumkan semua keperluan mencukupi dan berpuas hati dengan layanan pihak pengurusan kolej.

Malah, ada yang menempelak segelintir penuntut yang mencemuh tindakan kerajaan tidak membenarkan mereka pulang.









Kredit foto:

Sebelum ini, ciapan seorang pengguna mencetuskan perdebatan antara warganet apabila dia mempertikaikan tindakan kerajaan tidak membenarkan penuntut pulang ke kampung masing-masing berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik MalaysiaGazette, atas desakan sesetengah pihak, Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti keputusan untuk membenarkan penuntut pulang ke kampung masing-masing.

Perkara itu dipersetujui Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana ia akan membabitkan pergerakan besar jika pelajar dibenarkan pulang.  - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noradaniez 14-4-2020 05:48 PM
Kat um makan 3 kali sehari.  Tp anak aku ambik sekali je samaada tghari atau makan malam. Bukan sbb makan tak sedap tp sbb badan dia dah start bulat.  Dah Lama tak jogging Dan bersenam. Seluar dia bnyk yg dah tak boleh butang.  Dulu selalu jogging ataupun selalu ada training palapes. Abang kakak dia hari tu gelak guling2 tgk dia dah chubby masa buat vc.
Quote salmon-suki 14-4-2020 05:53 PM
Mana budak y suicidal tu?nampak sgt spesis bajet..
Quote bloodyamuk 14-4-2020 06:16 PM
salmon-suki replied at 14-4-2020 05:53 PM
Mana budak y suicidal tu?nampak sgt spesis bajet..

entitled la minah tu...orang yang betul2 sakit mental takde macam tu...

kalo betul2 suicidal mana crying out loud..

tup2 dah mati dah...

tengok la sejarah orang2 famous yang commit suicide...

Anthony Bourdain
Robin Williams
Chester Bennington
Tim Bergling
Few Korean actor/actress/idol

etc

betul2 depression, suicidal takde la macam budak twitter tu...

orang yang betul2 sakit pun menyampah dengan jenis crying out loud suicidal kat media sosial ni...

just my 2 cents
Quote RatuDunia94 14-4-2020 06:54 PM
Budak2 uni ni mostly bukan rindu mak ayah sangat pon.. duk kat hostel tu janji ada makan minum, wifi free (make sure laju) deols dh happy.. yg menyalak lebih tu sbb x dpt nk dating dgn bf/gf kat pavilion or mid valley jahh.. selama ni telefon mak ayah pon sebulan sekali. Tup2 time gini la memasing pakat rindu kampung halaman..
Quote Tinot7 14-4-2020 07:05 PM
Mana reply UM dan UTAR?
Quote dua_chzy 14-4-2020 07:10 PM
MEWAHNYAAAAAA CHOOOIIIHHHH HUNTOK BEBUDAK YANG SEBOK NAK BUNUH DIRI TERKURUNG DEPRESI KOHNON!
Quote dua_chzy 14-4-2020 07:11 PM
bloodyamuk: entitled la minah tu...orang yang betul2 sakit mental takde macam tu...kalo betul2 suicidal mana crying out loud.. tup2 dah mati dah...tengok la sejar ...


Lagik gampang, entah2 bukan budak U pon!
Quote salmon-suki 14-4-2020 07:29 PM
bloodyamuk replied at 14-4-2020 06:16 PM
entitled la minah tu...orang yang betul2 sakit mental takde macam tu...

kalo betul2 suicidal ma ...

Yeee..betul tu..org depressed ni dia xde nak bgtaw org lain kot..

Tup2 dah suicide..budak ni saja je..ngengadeeeee..kalau balik rumah pun x rasa dia akn berkepit ngn makpak dia..komfem fon berjahit kt tgn jgk
Quote awanearisu 14-4-2020 07:33 PM
Untung sangat-sangat dah.
Quote Ladybird910 14-4-2020 08:27 PM
salmon-suki: Mana budak y suicidal tu?nampak sgt spesis bajet..

Tulaaa.. Aku siap carikan e course ke harvard nun nk bantu pengisian masa dia.. Harap2 mereputla dlm harvard tu... Jgn bosan lak byk benda nk bljr.. Kehkeh
Quote Ladybird910 14-4-2020 08:29 PM
RatuDunia94: Budak2 uni ni mostly bukan rindu mak ayah sangat pon.. duk kat hostel tu janji ada makan minum, wifi free (make sure laju) deols dh happy.. yg menyala ...

Bethol sgt.. Depress lar da taley nak keluar tengah malam nk kongkek dan ringan2..alasan blk kg at least leh jumpa tgh mlm.  Kihkih
Quote vee_zara 14-4-2020 08:30 PM
Kesian juga dgn pelajar sebab kita pun penah jadi student u. Lagi la kalau ceruk mcm UPSI tu.. setiap kali cuti sem mmg wajib balik.. tp ni utk kebaikan bersama.. smoga tabah ye.
Quote cik_chili 14-4-2020 08:46 PM
bulat mata nengok food supply diorg...kalah kita yg bekerja ni .... rejeki korg laaa anak2 ....
Quote cik_chili 14-4-2020 08:47 PM
Ladybird910 replied at 14-4-2020 08:29 PM
Bethol sgt.. Depress lar da taley nak keluar tengah malam nk kongkek dan ringan2..alasan blk kg at ...

husnuzon sisturrrr....diorg windu makpak ...nk mkn donut panas2....

Quote Ladybird910 14-4-2020 08:48 PM
Edited by Ladybird910 at 14-4-2020 08:55 PM
cik_chili replied at 14-4-2020 08:47 PM
husnuzon sisturrrr....diorg windu makpak ...nk mkn donut panas2....


Hahahaaa.. Baeklaaa cik chili

Aku elok je tengok foreigner sekolah kat msia ni xmerempan nk blk..nk blk.. Negara yang berperang bertahun lama nya mcm palestin dan syria tu pon xpenah merempan

Hanya di msia jahh siap ugut2 nk matik kemurungan wpon mkn melambak mcm pesta. Kikiki
Quote wenza 14-4-2020 08:51 PM
Adik i unimap pun cerita kawan2 dia yg sabah sarawak stay kat hostel yg unimap sediakan untuk yg x balik. Makan 3x sehari. Pastu stp mggu akan ada yg hantar lg stok makanan. Kiranya bab makan x pyh risau la. Mmg ada catering yg sediakan makanan dh siap packed dlm polisterin siap2 tggu student ambik je. Kwn dia cerita xblh makan 3x sehari sebab catering tu masak sedap2 dia jadi mokmok pkp ni
Quote Dwdrum 14-4-2020 09:07 PM
Rumah setiap hari newspaper di hantar  the star hampir setiap hari di ruang Surat or opinions rasa nya ..yang selalu i baca
1.parent mahu anak balik rumah some ada tulis mereka bahagia buat right desicions ambil anak dari ipt .. Rasa mostly dari parent yang konon anak terseksa di ipt
2nd. Pakai mask .. Mostly expert's suruh fikir 2 Kali pakai mask untuk yang tiada symptom .yang setiap 4 to 5 ada dari different experts dari healthlinw hingga academi
3 .bantuan stimulus


Quote barfi 14-4-2020 09:20 PM
Tu ikan salmon dengan spaghetti ke?? Walawehh kami yg duduk umah ni pun tak bersalmon untung dah tuu
Quote Manjahati 14-4-2020 09:28 PM
salmon-suki replied at 14-4-2020 05:53 PM
Mana budak y suicidal tu?nampak sgt spesis bajet..

Alahhh tu ngengade jer tu.. attention seeker... mental sayur sgt

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.334255 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top