Sebuah keluarga di Johor tanpa sengaja menemui kembali ahli keluarga mereka yang terpisah sejak 1996, 24 tahun lalu melalui laporan berita yang disiarkan di kaca TV3. Pengguna Twitter, MohdFaizalHasan berkata, kejadian itu berlaku melalui satu laporan berita oleh TV3 yang menemu bual golongan gelandangan di ibu kota yang membincangkan nasib mereka selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keluarga lelaki tersebut menyedari gelandangan yang ditemu bual itu adalah ahli keluarga mereka yang terpisah lebih 20 tahun lalu. Beliau dikatakan telah berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1996 sebelum menjadi gelandangan seperti disiarkan laporan berita tersebut. Keluarga tersebut akhirnya dapat menghubungi kembali lelaki itu dan turut mendapat peluang untuk bercakap dengannya sendiri selepas melakukan pencarian menerusi media sosial. Mungkin agak sukar untuk dipercayai, namun itulah yang berlaku. Dari kisah gelandangan ke jejak kasih. Hikmah Covid-19 mungkin. - CARI |
bakingsoda: padahal boleh je balik kg dulu? kenapa tak buat? ke malu nak balik selagi tak dapat naikkan taraf hidup? pastu lama2 best pulak jd gelandangan
hyie: dye dye dye
Lolalala replied at 15-4-2020 04:45 PM
Selalu baca "kill kill die die"
ADVERTISEMENT