Ramai betul golongan selebriti lantang bersuara meminta kerajaan menyalurkan bantuan akibat pendapatan terjejas dek Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pun begitu, ramai juga rakan artis tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu walaupun sudah diberi penjelasan panjang lebar.
Pengarah Mamat Khalid juga tidak terkecuali daripada mengulas sikap segelintir artis ini. "Yang awak pun satu, tayang semuanya pada sosial media dengan ungkapan bukan riak sekadar berkongsi! Kongsi apa? "Buat amal pun digalakkan berahsia, inikan pula membeli kasut atau beg tangan mewah. "Sekarang kita sudah sedar kita yang hendak orang perhatikan gaya hidup kita dan bukan semuanya setuju dengan gaya awak itu," tulisnya di Instagram. Pengarah itu berkata demikian ketika mengulas mengenai situasi golongan artis hari ini yang dihujani kecaman rakyat kerana mengusulkan kerajaan memberi bantuan khas ekoran pendapatan terjejas akibat Covid-19 dan PKP.
Dalam masa sama, Mamat bagaimanapun bersimpati dengan artis tanah air yang menjadi mangsa amarah warganet. "Kesian abang tengok adik-adik kena kecam bagai nak kiamat sebab menyuarakan tolong bantu pada yang tiada upaya melawan kengkangan waktu darurat sekarang ini. "Niat baik disalah ertikan hanya kerana tiada mahu membaca penuh sesuatu artikel. Kehidupan awak yang mereka riuhkan pula! "Apa yang dapat dipelajari adalah betapa pendam nya kesumat manusia menyimpan hasad yang menebal dengan kejayaan awak," ujar Mamat. Bila warganet sudah bising, mereka akan terus berbunyi. Layankan sajalah. - CARI
|
pearl.silver replied at 30-3-2020 01:11 PM
Aku bc mcm mamat ni marah kat netizen sbb kecam retis2 berniat baik minta bantuan.
lina21 replied at 30-3-2020 01:14 PM
Mcm perli netizen je
ADVERTISEMENT