Semalam, kita dikejutkan dengan pemergiaan pelakon Myanaliza Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari. Arwah Maya dikhabarkan meninggal dunia akibat menderita penyakit kanser.
Kehilangan seorang sahabat sejati yang sudah seperti saudara sendiri pastinya meninggalkan kesan yang sangat dalam. Itulah yang dirasai Amyzaa Aznan yang sempat berkongsi video di Instagramnya saat terakhir kali menatap wajah sahabat baiknya itu. "Assalamulaikum. Kak Kaaia berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jenazah telah dibawa ke sini. Insya-Allah jenazah akan diselesaikan dan diuruskan esok pagi (pagi ini) dan akan bawa ke Machap, ke kampung Allahyarhamah. "Syukur Allahmdulillah akhirnya Kak Kaaia dapat juga berjumpa dengan Allahyarhamah. "Masa tengok jenazah tu memang mata dia terbuka separuh, tapi Alhamdulilah selepas Kak Kaaia bisik kat telinga dia, Maya, Mija datang, dia tutup rapat mata dia lepas tu," kata Amyzaa yang tidak dapat menahan sebak.
Amyzaa banyak menyimpan rahsia Allahyarhamah Maya dan tidak pernah sesekali berkongsi dengan sesiapa sahaja. Tambah Amyzaa, dia bersyukur kerana diberi peluang berjumpa walaupun hanya jasad yang tidak bernyawa. "Akhirnya dapat jumpa walaupun dia dah tidak bernyawa. Tapi takpa dapat juga jumpa, hilang rindu," ucap Amyzaa dalam satu video yang dimuat naik ke Instagramnya. Tambah Amyzaa lagi, sudah 13 tahun mereka tidak bersua dan dia bersyukur kerana dia dan Didie Alias masih sempat 'berbicara' dengan jasad yang terbujur. "Terima kasih sahabat, kau tunggu aku dan DD orang terakhir sampai. Terubat rindu. Walaupun hanya dapat berbicara dengan jasad. "Al-Fatihah Myanaliza Bt Ruslee 13 May 1976 - 18 Mac 2020." |
awex^returns replied at 19-3-2020 10:32 AM
tak faham... kawan baik tapi tak jumpa 13 tahun...
13 minggu mungkin acceptable lagi
RatuDunia94 replied at 19-3-2020 10:36 AM
Nourul Depp komen tak tahu knp kena blok dgn arwah kat IG..
Motif sheols x tau.. ke buat2 tak ta ...
ashilalat replied at 19-3-2020 10:28 AM
Kawan baik tapi x jumpa 13 tahun? Meski dapat tau arwah ada kanser x dtg melawat selama 13 tahun? :' ...
ashilalat replied at 19-3-2020 10:28 AM
Kawan baik tapi x jumpa 13 tahun? Meski dapat tau arwah ada kanser x dtg melawat selama 13 tahun? :' ...
ADVERTISEMENT