CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dengan Rasa Dukacitanya Saya.." - Chef Wan Maklumkan Bekas Isteri Meninggal Dunia

19-3-2020 11:41 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 12852| Komen: 42

Description: Kredit foto: Tatler MalaysiaSemalam, Dato' Redzuawan bin Ismail atau Chef Wan telah memaklumkan pengikut Instagramnya yang bekas isteri beliau, Norhayate binti Ayub telah meninggal dunia di hospital A ...


Kredit foto: Tatler Malaysia

Semalam, Dato' Redzuawan bin Ismail atau Chef Wan telah memaklumkan pengikut Instagramnya yang bekas isteri beliau, Norhayate binti Ayub telah meninggal dunia di hospital Ampang kerana komplikasi kencing manis dan buah pinggang. 




Norhayate dengan anak-anak, Serina dan Chef Riz. Kredit foto: Hotlips Corner

Chef Wan pernah berkahwin dengan Norhayate pada tahun 1982 dan bercerai pada tahun 1985. Chef Wan mempunyai dua orang anak dengan Norhayate iaitu pelakon, Serina Redzuawan dan Chef Riz. 

Serina juga ada memuatnaik status di laman Instagramnya berkenaan berita sedih ini. “Mohon keluarga dan sahabat semua sedekahkan al-Fatihah dan Yasin kepada arwah ibu,” tulisnya.

Tahun lepas, Chef Wan ada menulis mengenai keadaan Norhayate yang masuk hospital dan tidak sedarkan diri untuk beberapa hari kerana penyakitnya. Chef Wan 'meleter' di instagram kerana kecewa Norhayate tidak menjaga makan dan bersenam sedangkan dia mempunyai peyakit darah tinggi dan kencing manis.

Marilah kita semua bersedekah Al-Fatihah kepada arwah dan berdoa agar Norhayate binti Ayub ditempatkan di kalangan orang beriman. Takziah pada Chef Wan, Serina, Chef Riz dan keluarga.- CARI


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 19-3-2020 11:50 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Semoga ditempatkan dgn org2 yg beriman.
Takziah kpd cepwan sekuarga.
Quote adelea 19-3-2020 11:52 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Semoga ditempatkan dgn org2 yg beriman.
Salam Takziah  kpd Chef Wan  sekuarga.
Quote biozipstar 19-3-2020 12:01 PM
innalillah. dah lama sakit kan... xpelah.. moga ditempatkan dlm kalangan org yg baik
Quote LadyCarefree 19-3-2020 12:02 PM
Dia baru pi visit ex wife dia bawa mak dia juga. Ada orng ckap dia baik still jaga kebajikan ex, dia jawab ezmx dia xde siapa selain dia. Pastu dia suruh anak2 pi duduk dngan mak kat sepital selagi boleh. Sebelum ni dia plan nak bawa ex tu duduk rumah dia bila dh potong kaki and discharge. Bab jaga ex jaga mak memang tiptop la chep ni. Boleh jd contoh.
Dia kalau psl famili orng dia sayang mmang dia fight. Sbab tu dia marah bebenor kt si gavin. Tp kat ex ex riz dia ok je sbb mereka pon ok
Quote imanjannah 19-3-2020 12:05 PM
innalillahwainnalillahirojiun
Quote polluxsstar 19-3-2020 12:12 PM
Chef wan ni wpun mulut agak laser tp i tahu hatinya baik n sgt sygkn family. Dgn ex wife pun dia masih tanggung n ambil peduli. Salam takziah utk mereka sekeluarga.
Quote Leonclay 19-3-2020 12:15 PM
Innalillah..moga ditempatkn di kalangan org2 beriman
Quote amerald 19-3-2020 12:16 PM
Takziah chef n family.
Perginya wanita yg telah bertarung nyawa melahirkan 2 zuriat chef.
Quote Suchi 19-3-2020 12:32 PM
Minggu lepas kot chef wan ade cakap keadaan ex dia mmg dah 50-50 takleh opret potong kaki sbb jantung dia terlalu lemah
Takziah buat chef wan dan keluarga, tahun yang sukar buat anak2 dia.
Quote acikbajuhijau 19-3-2020 12:35 PM
Takziah utk chef dan keluarga
Quote dubuk 19-3-2020 12:54 PM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Quote newyork 19-3-2020 01:02 PM
Suchi replied at 19-3-2020 12:32 PM
Minggu lepas kot chef wan ade cakap keadaan ex dia mmg dah 50-50 takleh opret potong kaki sbb jantun ...

Aah ada baca.. 50/50 lepas operate hidup atau mati
Quote MrsVeneer 19-3-2020 01:03 PM
polluxsstar: Chef wan ni wpun mulut agak laser tp i tahu hatinya baik n sgt sygkn family. Dgn ex wife pun dia masih tanggung n ambil peduli. Salam takziah utk mere ...


I rase dia meleter sbb dia penat. Semua atasbahu dia. Financially n mental berat tu
Quote Straya 19-3-2020 01:58 PM
Pernah baca interview majalah jelita dengan chef wan & ex dia lama dulu.arwah ni berharap dapat bersatu balik tp dia kata dia sedar chef wan jauh berbeza taraf.walaupun hidup dia cukup semua chef wan jaga tp rasanya mesti dia depress sebab masih sayangkan ex laki.
bila depress diri sendiri pun tak jaga.chef wan pulak last year,mulut mengutuk janda dia boleh tahan.cantik arwah ni dulu waktu muda.Macam serina tapi lagi cantik.
Quote Zeatyisaac 19-3-2020 02:15 PM
Innalillahiwainna ilahirojiun. Takziah Chef Wan.

Off topic, I rasa okay je kalau Dato'Vida kahwin je ngan Chef Wan ni. Takde sapa menumpang sapa. Masing2 sendiri dah kaya. Chef wan ngan mulut laser boleh nasihat Dato'Vida dan Dato'Vida ngan sikap tak pedulinya, bolehlah pekakkan telinga. They are meant to be together. Entahlah.
Quote lonely_surina 19-3-2020 03:19 PM
antara wanita bertuah yang sepanjang hidup masih dilindungi bekas suami hingga ke akhir hayat..
setakat mulut cw melahar apa laa sangat dgn jagaan yg diberikan..
suami sendiri pun belum tentu nak jaga mcm neh..

al-fatihah untuk arwah..

Quote archerfahid 19-3-2020 03:21 PM
Salam takziah buat seisi keluarga.
Mulia hati cep one jaga ex..dr muda smpi abis hayat. Semoga beroleh pahala dr Allah
Quote beatgirlX 19-3-2020 03:23 PM
Salam takziah buat Chef Wan dan anak2
Quote aleesyasofia 19-3-2020 03:32 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Semoga ditempatkan dgn org2 yg beriman.. salam takziah..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.315895 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top