CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibunuh Kerana Tolak Aiskrim Percuma

16-3-2020 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3110| Komen: 15

Lelaki maut dibunuh empat individu selepas menolak aiskrim percuma.

India Today melaporkan, polis pada Jumaat memaklumkan seramai empat individu dipercayai terbabit kes pembunuhan itu telah ditahan.


Lakshay, 27, seorang penuntut, abangnya, Karan, 29, (eksekutif jualan di sebuah bilik pameran kereta), serta rakan mereka Dhiraj, 26, (eksekutif jualan) dan Avinash, 27, (pekedai) ditahan beberapa jam selepas membunuh Amit Sharma, 25.


Kredit foto: Shutterstock/Fer Gregory

Menurut polis, keempat-empat mereka pada malam Khamis, meraikan kejayaan Lakshay yang juga penuntut di Lala Lajpat Rai Memorial Medical College di Meerut kerana lulus ujian.

Mereka kemudian keluar rumah untuk makan aiskrim sebelum bertembung dengan mangsa, abang iparnya, Rahul dan seorang rakan, Ishant.

Namun, perbalahan tercetus antara dua kumpulan itu selepas tiga lelaki terbabit menolak tawaran aiskrim percuma daripada keempat-empat suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol.


Selepas beredar dari situ, kumpulan yang diketuai Lakshay itu kembali kerana tidak puas hati dan menyerang Sharma dengan kayu sebelum melarikan diri.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan dibawa ke hospital sebelum doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Bertindak atas maklumat saksi kejadian, kesemua suspek ditahan dalam masa empat jam selepas insiden itu. - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • AllyRosly

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 16-3-2020 01:32 PM
Lagi kes mabuk, tak memandu pun boleh bunuh orang. Soo soo soo salah kayu yang di gunakan untuk hentak orang la kan?
Quote crazybeach 16-3-2020 01:32 PM
aiskrim betul eh. ingatkan aiskrim daging tadi
Quote shernazz 16-3-2020 01:32 PM
Arak.membawa padah...
Kesian mangsa..
Quote MsKathryn 16-3-2020 02:07 PM
Meraikn lulus ujian...  lepas ni terus mrraikn dlm penjara plak {:thief
Quote hyie 16-3-2020 02:08 PM
ala2 cerita dalam novel enid blyton sangat yach
Quote AllyRosly 16-3-2020 02:11 PM
Biar betul sampai macam ni sekali? dasyatnya!
Quote jazaa100 16-3-2020 02:11 PM
hyie replied at 16-3-2020 02:08 PM
ala2 cerita dalam novel enid blyton sangat yach

Ha..ha...enid blyton kan....

George, Dean & sorang lagi diserang masa dlm perjalanan nak ke pulau....
Quote JohnnyCastle 16-3-2020 03:27 PM
dulu AZZmin dan anwaq belanja eskrim takdak pun ahcai2 PeeKR DAPee benci pada depa dua....katanya tu fitrah semulajadi alam...wakakakakakakkakakakaka
Quote highcastle 16-3-2020 03:29 PM
Teringat dulu Jamal Jamban bagi aiskrim percuma........ bagus punya ayat dia letak.....

D-apat
A-iskrim
P-Percuma

Quote JohnyEnglish 16-3-2020 03:37 PM
JohnnyCastle replied at 16-3-2020 03:27 PM
dulu AZZmin dan anwaq belanja eskrim takdak pun ahcai2 PeeKR DAPee benci pada depa dua....katanya tu ...

tu eskrem sedap ko mana tau.dh try pasti kau mintak lg
Quote JohnnyCastle 16-3-2020 03:40 PM
JohnyEnglish replied at 16-3-2020 03:37 PM
tu eskrem sedap ko mana tau.dh try pasti kau mintak lg

ok dah ada ahcai confirmkan gambaq dan video tu peliwat dan semburit......wakakakakakakakakakakaka
Quote husna_amal 16-3-2020 04:30 PM
Bahaya kalau berdepan dengan orang mabuk ni.
Quote Cassieopeia 16-3-2020 05:27 PM
orang mabuk ni sama dengan penangihla bila tengah high tu..dua2 jenis xleh kawal buat apa.. bahaya tol
Quote Cumikucingku 16-3-2020 05:34 PM
Mungkin ade hal lain selain tolak eskrem...
Quote bloodyamuk 17-3-2020 04:21 AM
hadoiii ingatkan puncanya apa...KALAU DAH MABUK TU APA BENDA PUN TARAK GUNA...

Jilake mabuk todi

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.064898 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top