CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Serah Pada Polis Jika Benar Suami Saya Bersalah" - Datin Seri Shahida

8-3-2020 10:09 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 31252| Komen: 150|Original author: Oleh: Straya



Kredit foto: Beautiful Nara

Selepas penahanan Datuk Seri Aliff Shukri pada Khamis atas dakwaan mendera anak angkatnya, Ameena, ramai tertunggu-tunggu kenyaatan daripada Datin Seri Nur Shahida mengenai kes suaminya itu. 

Datin Seri Nur Shahida yang ketika ini berada di Mekah sejak 23 Februari lalu bagi menunaikan umrah bersama anak-anak mereka memaklumkan kepada Harian Metro bahawa dia akan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan sekiranya benar Aliff bersalah.

"Saya tidak ada apa nak komen. Biar polis buat kerja mereka" katanya enggan mengulas lanjut.

Datuk Seri Aliff Shukri ditahan selepas polis menerima satu laporan daripada pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia yang mengatakan usahawan itu mendera anak angkat perempuannya berusia dua tahun dengan mencubit dan memukul dengan kasut sehingga meninggalkan kesan merah dan lebam. 


Difahamkan, tindakannya itu dilakukan ketika rakaman video untuk kandungan YouTube miliknya. 


Kredit foto: Cempedak Cheese

Ketika dihubungi, Aliff memohon doa daripada orang ramai dan mengatakan dia tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.

Selepas ditahan, Aliff dibebaskan pada hari sama dengan jaminan polis. Sejurus selepas dibebaskan, dia merancang untuk membuat sidang akhbar bagi memberi penjelasan mengenai kes itu, tetapi dibatalkan di saat akhir. 

Alasannya, pihak peguam yang mewakili dirinya menasihati untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengganggu penyiasatan polis serta tidak mengeruhkan keadaan.


Kredit foto: IG Aliff Syukri

Aliff memohon supaya orang ramai berhenti daripada membuat spekulasi dan fitnah mengenai perkara ini. 

Apa kata kita doakan yang terbaik untuk semua pihak. Biar pihak polis dan mahkamah menjalan tugas dan jika benar dakwaan ini, harap kebajikan dan nasib si kecil Ameena terbela. - CARI
5

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 8-3-2020 10:18 AM
Takut la tu dituduh bersubahat...rasakan..sllu mulut mcm mak nenek skrng tak berani komen byk pula pigidaaa..
Quote CiliPadiSedap 8-3-2020 10:27 AM
kaya2 dato alif xmampu hire maid local..
Quote Megikari 8-3-2020 10:31 AM
Nak mintak netizen doakan? Meh aku tolong doakan, semoga ko bankrupt n masuk jel sampai mereput kat situ. Aku doakan jugak semoga kat jel tu ko kena dera dengan inmates lain sampai ko trauma n jadi gila. Sekian.
Quote noor2 8-3-2020 10:37 AM
Getik akak tengok muka dua2 ni.....X tahu kenapa. ...
Quote slyfynx 8-3-2020 10:40 AM
Last2 kes mati mcm tu je. Byk duit kan
Quote rosevelvet 8-3-2020 10:46 AM
Megikari replied at 8-3-2020 10:31 AM
Nak mintak netizen doakan? Meh aku tolong doakan, semoga ko bankrupt n masuk jel sampai mereput kat  ...

Aku doakan yg bsubahat n berpura2 baik diberi pmblsn setimpal. Aminnn
Quote Tinot7 8-3-2020 10:48 AM
Habiaq la pi bubuh nombor tepon kat sana.. musti ramai yg pi serang pasni.
Quote kuzaime 8-3-2020 11:06 AM
Megikari replied at 8-3-2020 10:31 AM
Nak mintak netizen doakan? Meh aku tolong doakan, semoga ko bankrupt n masuk jel sampai mereput kat  ...

Aamiin



Quote nazsh 8-3-2020 11:08 AM
Tengok video2 meena nangis2 kna cubit ngan laki ko..apsal duk buat ngan ank angkat ja yg part nangis2 tu..cuba buat kat anak2 sndiri ko plak..asyik meena yg takmo pisah ngan laki koo..anak2 len mana videonya..guna anak angkat sbagai bahan keja gila..
Quote cadarblogsot 8-3-2020 11:12 AM
CiliPadiSedap replied at 8-3-2020 10:27 AM
kaya2 dato alif xmampu hire maid local..

Baru nak cakap...
Quote Grengo 8-3-2020 11:23 AM
Pity Ameena. Only 2yo & shes living in fear. To Ameena abuser may you rot in prison.
Quote newyork 8-3-2020 11:24 AM
nazsh replied at 8-3-2020 11:08 AM
Tengok video2 meena nangis2 kna cubit ngan laki ko..apsal duk buat ngan ank angkat ja yg part nangis ...

Itulah pasal, kenapa anak sendiri tak nangis2 nak tunjuk kena tinggal.. pigidahh.. mmg child abuse , kesian si Meena mental kawan tu
Quote mawardia 8-3-2020 11:29 AM
zuriey replied at 8-3-2020 10:18 AM
Takut la tu dituduh bersubahat...rasakan..sllu mulut mcm mak nenek skrng tak berani komen byk pula p ...

Setuju!!!! Mulut dia mencecehhh je selalu kan la ni pasaipa tak nak komen? Tinshit pun bersubahat lah!!
Quote helicornia 8-3-2020 11:32 AM
nazsh: Tengok video2 meena nangis2 kna cubit ngan laki ko..apsal duk buat ngan ank angkat ja yg part nangis2 tu..cuba buat kat anak2 sndiri ko plak..asyik me ...

dulu kan alip ni penah pukul anak kandung dia pasal tk pakai tudung sampai jkm dtg buat siasatan.iols saspek dia ni mmg ringan tangan suka memukul anak
Quote minahsenget 8-3-2020 11:36 AM
helicornia replied at 8-3-2020 11:32 AM
dulu kan alip ni penah pukul anak kandung dia pasal tk pakai tudung sampai jkm dtg buat siasatan.i ...

i hope jkm aware la ni bkn first case belut kena siasat
Quote minahsenget 8-3-2020 11:37 AM
rosevelvet replied at 8-3-2020 10:46 AM
Aku doakan yg bsubahat n berpura2 baik diberi pmblsn setimpal. Aminnn

ameen...tolongla Ya Allah , cant tolerate with this family .termsk bonda si AS ni
Quote nura19 8-3-2020 11:41 AM
Kesian meena...dh x nk jaga tu anta la pi jkm sana...
Quote Zazama 8-3-2020 11:44 AM
Entah kenapa, kalau ada je meena dgn AS dlm ig AS, tak npk ada kemesraan meena dgn dia. Meena npk awkward walau dia duduk atas riba AS. tak de connection..
Quote Potato_kering 8-3-2020 12:01 PM
Zazama replied at 8-3-2020 11:44 AM
Entah kenapa, kalau ada je meena dgn AS dlm ig AS, tak npk ada kemesraan meena dgn dia. Meena npk aw ...

Perasan juga. Kadang dia tenung balik si alip mcm she have no idea. Agaknya dlm hati meena ckp "apehal si mangkuk ni" . Mcm dia minta peluk ke apa kan, meena mcm hesitate.

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.139861 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top