KANG SEAK XIONG mati tertembak ketika berhibur di sebuah pub di George Town, Pulau Pinang semalam. GEORGE TOWN , 15 Oktober – Pertemuan tiga sahabat termasuk dua anggota polis di sebuah pub di Auto City Juru, Bukit Mertajam di sini bertukar tragedi apabila mereka ditahan selepas seorang daripadanya melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut semalam. Dalam kejadian pada pukul 2.20 pagi itu, Kang Seok Xiong, 38, yang bekerja sebagai pemungut hutang mati akibat terkena satu das tembakan di perut. Suspek wanita ditahan di premis hiburan tersebut manakala dua anggota masing-masing berpangkat lans koperal dan sarjan itu diberkas pada pukul 10 pagi di sebuah rumah di Kulim, Kedah. Polis turut merampas sepucuk pistol milik suspek berpangkat lans koperal berusia 33 tahun yang bertugas di Kontinjen Kedah. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tiga sekawan termasuk seorang sarjan dari kontinjen Johor yang sedang bercuti di negeri ini berjanji untuk berjumpa di pusat hiburan berkenaan. Polis percaya sebelum kejadian itu berlaku pergaduhan antara suspek dengan sekumpulan lelaki dipercayai kawan si mati.
|
6
Bagus |
1
Marah |
3
Terkejut |
10
Sedih |
16
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
tongkatwaran75 posted on 15-10-2013 12:03 PM
dia terbawa-bawa dgn ops cantas kot...
tongkatwaran75 posted on 15-10-2013 12:09 PM
aku tgh melapah nie sambil berforum...
ko apa tau...
yg ko pun melapah sambil komen kan...
GEORGE TOWN , 15 Oktober – Pertemuan tiga sahabat termasuk dua anggota polis di sebuah pub di Auto City Juru, Bukit Mertajam di sini bertukar tragedi apabila mereka ditahan selepas seorang daripadanya melepaskan tembakan sehingga menyebabkan seorang lelaki maut semalam.
ADVERTISEMENT