CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Berdusta Dalam Melawak, Rezeki Haram" - Ada Lagi Tak Puas Hati Dengan Arwah Abam

17-2-2020 10:22 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 17784| Komen: 106|Original author: Oleh: natrahn


Mungkin ramai juga tertanya-tanya. Walaupun sudah hampir seminggu meninggalkan kita, nama Abam masih lagi meniti di bibir orang ramai.

Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata mengenai kematian Abam.

“Bagi saya, bila kematiannya disebut-sebut, itulah petanda kematian Husnul Khatimah," seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Mufti WP seperti yang kita sedia maklum, sangat berhikmah dalam memberikan sebarang fatwa dan pendapat untuk orang ramai demi kebaikan umat. 

Setelah pemergian pelawak Allahyarhan Abam Bocey, barulah ramai yang tahu mengenai sifat pemurah arwah ketika hayatnya malah, disifatkan sebagai soleh oleh ramai ustaz dan ahli agama. 

Perkara ini diakui adiknya iaitu pelawak Ali Puteh kerana abangnya itu banyak melakukan amal jariah, tetapi tidak didedahkan kepada umum.


Namun, ada pula pihak yang tidak bersetuju dan menafikan sifat soleh arwah. Dakwa pemilik FB bernama Ibnu Hasan Al-Amin itu: "Sangat tidak logik seorang pelawak profesional diSOLEHkan dan dimuliakan macam orang SOLEH"




Perkongsiannya itu menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana memperkecilkan Allahyarham Abam sebab mendakwa rezeki pelawak adalah haram kerana mereka kononnya suka buat LAWAK dengan kata-kata dusta.


Kredit Foto - Facebook Ibnu Hasan Al-Amin

Malah, penyanyi Adibah Noor dan pelakon Beto Kushairy turut menyelar tindakan beberapa netizen yang mempersoalkan penghormatan yang diterima Allahyarham.


Kredit Foto - Mstar

Layak atau tidak Abam untuk menerima penghormatan itu adalah urusan Allah SWT.

Kita tidak layak menghakimi mahupun merendahkan orang lain walaupun berpuluh kitab telah kita baca dan hafal kerana kita hanyalah hamba Allah SWT.

Kita semua pendosa, ingin masuk syurga. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupperwarepink 17-2-2020 10:29 AM
Ada juga ye macam ni
Quote tuberoses 17-2-2020 10:34 AM
si pelawak tak tunjuk solat taubat?? apo ko merepek ni hasan. buat ibadat nak kena live dipertonton satu dunia ke


Quote sukekucing83 17-2-2020 10:34 AM
cara si ibnu perasan solih tu macam sesat je..ko ingat org macam ko je para alim ulamak Allah confirm angkat darjat..nampak sgt hati busuk perasan solih ahli syurga ee geram lak aku perasan ulamak bongkak camni
Quote matbad 17-2-2020 10:43 AM
Setan ni kalau dia tak berjaya hasut kita menjadi jahat,dia akan hasut kita rasa baik..nauzubillah min zalik
Quote MadameOnion 17-2-2020 10:46 AM
semoga roh abam dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..tak perlu kecam..dia dah takde..
Quote didinfriends 17-2-2020 10:47 AM
Macam terlebih ketum je. Macam dah confirm masuk syurga je.
Quote Mfzg89 17-2-2020 10:48 AM
dia pelawak, tapi perangai dia 360 lagi elok dari setat & PU2 kt luor sana..
dia melawak atas pentas buat baik x tayang orang.. PU bini ngandung cari lain, bajet ensem tolak 18 ler..mcm2..  
Quote irsa 17-2-2020 10:48 AM
Siapa kah dia yg mempertikaikan itu? Sememangnya sbg manusia tiada yg semporna tp kite semua mencuba sebaik mungkin melakukan pelbagai kebaikan utk merebut peluang ke syurga.
Quote miu84 17-2-2020 10:53 AM
Halah poyo jah acah alim. Pakai serban putih bagai kondem orang lain, hati dia hitam jahhh
Quote JohnnyLever 17-2-2020 10:57 AM
macam bahasa ahli forum cari je, apa kau dah taubat kena kutuk dalam forum ke yang kau menginap di alam twitter?
Quote husna_amal 17-2-2020 11:00 AM
busuknya hati kata macam tu siap mempertikaikan lagi. kita sesama islam muliakan arwah apa salahnya. bukannya arwah tu orang jahat pun.
Quote imanjannah 17-2-2020 11:00 AM
matbad replied at 17-2-2020 10:43 AM
Setan ni kalau dia tak berjaya hasut kita menjadi jahat,dia akan hasut kita rasa baik..nauzubillah m ...

ye sangat..jangan la kita begini
Quote purebloodleo 17-2-2020 11:04 AM
Mamat ni mcm gila isim. Tgk profile dia bnyk status mcm org x ckup sekupang.


Dgn org yg dh meninggal pun nk dengki. Ish2
Quote anilanil 17-2-2020 11:09 AM
Si ibnu ni merasakan ada org lain yg lebih solih, lebih alim, lebih baik, lebih bermanafaat, lebih berilmu drp arwah abam ke? Mana ada alat yg bole kita guna utk ukur nilai pahala org lain? Serem la jenis manusia mcm ni. Bila hati ada titik-titik hitam...
Quote Kurex 17-2-2020 11:11 AM
nampak sngat la pemilik fb ni dah tua.. mana ada orang guna perkataan solih melainkan orang tu dah tua..
Quote Ladybird910 17-2-2020 11:13 AM
Mesti dia ni xpernah tau ade pelacur masuk syurga sebab bagi anjing minum air dlm kasut dia..

Dan kalau aku ada fb..aku bia jer orang macam ni..tak payah balas panjang2..bodoh piang ni lagi teruk dr level jahil
Quote azimodin 17-2-2020 11:13 AM
Dengki la tu. abam disayangi kawan2, abam sayang bini, abam gigih cari rezeki. orang busuk hati je dengki dengan abam.

sejak bila pulak solat taubat nak kena tunjuk dekat orang?
Quote elbecks 17-2-2020 11:19 AM
jelez la tu..abis ostat 2 je ke org yg solih
Quote bintangct 17-2-2020 11:25 AM
tiba2 terigt plak drama cerita org gila yg syawan zulkifli berlakon tu.. kematian dia juga dimuliakn wlpon masa dia hidup ramai yg pulau dia

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.079319 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top