Mungkin ramai juga tertanya-tanya. Walaupun sudah hampir seminggu meninggalkan kita, nama Abam masih lagi meniti di bibir orang ramai.
Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata mengenai kematian Abam.
“Bagi saya, bila kematiannya disebut-sebut, itulah petanda kematian Husnul Khatimah," seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Mufti WP seperti yang kita sedia maklum, sangat berhikmah dalam memberikan sebarang fatwa dan pendapat untuk orang ramai demi kebaikan umat.
Setelah pemergian pelawak Allahyarhan Abam Bocey, barulah ramai yang tahu mengenai sifat pemurah arwah ketika hayatnya malah, disifatkan sebagai soleh oleh ramai ustaz dan ahli agama.
Perkara ini diakui adiknya iaitu pelawak Ali Puteh kerana abangnya itu banyak melakukan amal jariah, tetapi tidak didedahkan kepada umum.
Namun, ada pula pihak yang tidak bersetuju dan menafikan sifat soleh arwah. Dakwa pemilik FB bernama Ibnu Hasan Al-Amin itu: "Sangat tidak logik seorang pelawak profesional diSOLEHkan dan dimuliakan macam orang SOLEH"
Perkongsiannya itu menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana memperkecilkan Allahyarham Abam sebab mendakwa rezeki pelawak adalah haram kerana mereka kononnya suka buat LAWAK dengan kata-kata dusta.
Malah, penyanyi Adibah Noor dan pelakon Beto Kushairy turut menyelar tindakan beberapa netizen yang mempersoalkan penghormatan yang diterima Allahyarham.
Kredit Foto - Mstar
Layak atau tidak Abam untuk menerima penghormatan itu adalah urusan Allah SWT.
Kita tidak layak menghakimi mahupun merendahkan orang lain walaupun berpuluh kitab telah kita baca dan hafal kerana kita hanyalah hamba Allah SWT.
Kita semua pendosa, ingin masuk syurga. - CARI |