Tular sebuah video menunjukkan seorang wanita menggunakan kereta kawalan jauh untuk membeli makanan di wilayah Shandong, China bagi melindungi dirinya daripada wabak koronavirus.
Menurut laporan Newsflare yang dipetik New York Post, Chen Tao tidak perlu keluar rumah, sebaliknya hanya perlu memanfaatkan kereta kawalan jauh lengkap dengan dua kamera untuk membeli makanan 400 meter dari apartmentnya. Kata Chen, kenderaan itu mampu bergerak sejauh hampir satu kilometer, memudahkan dia membeli makanan tanpa perlu keluar dari rumahnya.
Tambahnya, dia turut menyertakan nombor telefon pada kotak pengangkut makanan bagi memudahkan urusan jual beli dengan kedai berkenaan. Rakaman itu tular selepas wilayah berkenaan menggesa beberapa syarikat untuk menghentikan segala aktiviti sehingga 10 Februari bagi mencegah penyebaran koronavirus. - CARI |
sarah82 replied at 11-2-2020 07:16 PM
Bagus juga.. Tapi kalau aku buat mcm ni.. Harus makcik garang marah aku balik
dudaberhias replied at 11-2-2020 07:18 PM
Bukan la, kalau uolsss buat macamni di Malaysia harus kereta itu hilang sejurus ianya melepasi pag ...
Ladybird910 replied at 11-2-2020 07:49 PM
Diorg xde grab dgn food panda ke...sini ade pandamart dan grab delivery..kehkeh
ADVERTISEMENT