Harga Musang King di Malaysia turun mendadak berikutan wabak novel koronavirus. Laporan Channel NewsAsia menunjukkan harga durian menurun sekurang-kurangnya 50 peratus sejak dua minggu lalu berikutan kekurangan permintaan dari China akibat penularan wabak itu.
Pengusaha durian Lim Chin Khee berkata, harga raja buah yang mahal itu jatuh mendadak dari RM60 ke RM30 sekilo di Raub, Pahang. Malaysia mengeksport durian segar ke China bermula Jun tahun lalu dan meramalkan keuntungan nilai eksport sebanyak RM500 juta. "Durian merupakan makanan mewah dan dinikmati dalam keadaan gembira. Mungkin sekarang bukan masa sesuai untuk menikmati durian bersama keluarga dan rakan," katanya. - CARI
|
minguk replied at 11-2-2020 12:08 PM
ok.. jual murah dekat lokal lagi baik.
HujanBatuTiga replied at 11-2-2020 12:25 PM
Sama je harga musang king kt SS2 aku tgk
jofizo replied at 11-2-2020 12:12 PM
nasib x kluar news durian punca ncov, kalau x blh la rakyat marhaein merasa musang king sekilo rm5.. ...
ina_na replied at 11-2-2020 12:06 PM
Dah penah makan.. Mmg ya ampun sedap tp x leh melantak mcm durian kg.. Sebiji je pun blh meletup bdn ...
ina_na replied at 11-2-2020 04:06 AM
Dah penah makan.. Mmg ya ampun sedap tp x leh melantak mcm durian kg.. Sebiji je pun blh meletup bdn ...
ADVERTISEMENT