Harga Musang King di Malaysia turun mendadak berikutan wabak novel koronavirus.
Laporan Channel NewsAsia menunjukkan harga durian menurun sekurang-kurangnya 50 peratus sejak dua minggu lalu berikutan kekurangan permintaan dari China akibat penularan wabak itu.
Kredit foto: Business Insider
Pengusaha durian Lim Chin Khee berkata, harga raja buah yang mahal itu jatuh mendadak dari RM60 ke RM30 sekilo di Raub, Pahang.
Malaysia mengeksport durian segar ke China bermula Jun tahun lalu dan meramalkan keuntungan nilai eksport sebanyak RM500 juta.
"Durian merupakan makanan mewah dan dinikmati dalam keadaan gembira. Mungkin sekarang bukan masa sesuai untuk menikmati durian bersama keluarga dan rakan," katanya. - CARI |