Pihak berkuasa China dituduh membiarkan rakyatnya 'mati kebuluran' selepas tular video polis mengurung mereka di rumah sendiri untuk menghalang penyebaran koronavirus. Menurut Metro.co.uk, mereka menerima sebuah rakaman menunjukkan beberapa lelaki bertopeng sedang meletak perintang di pintu dan tingkap rumah penduduk yang dipercayai dijangkiti wabak berkenaan dengan batang besi.
Menerusi video itu, kedengaran jeritan seorang wanita apabila dikurung beberapa anggota beruniform di dalam rumahnya sendiri. Malah, di luar rumahnya ditampal notis "Keluarga ini baru kembali dari Wuhan. Jauhkan diri dari mereka". Kejadian itu dipercayai berlaku di Nantong, wilayah Jiang Su, namun undang-undang penapisan membuatkan asalnya sukar dikesan. Aktivis hak asasi manusia China, Fengsuo Zhou memaklumkan Metro.co.uk bahawa dia melihat beberapa video serupa berlaku di sekurang-kurangnya empat lokasi berbeza di negara itu. Katanya, tindakan itu adalah arahan daripada kerajaan pusat untuk menepis kritikan yang mendakwa mereka lambat bertindak dalam menangani wabak koronavirus. "Mereka telah menyembunyikan maklumat penting terlalu lama. Manakala, doktor dikecam polis kerana bercakap mengenai pandemik, bulan lepas," katanya. Sementara itu, beberapa imej menunjukkan jalan-jalan di China yang biasanya sibuk kini sunyi dan rakyat hanya dibenarkan keluar untuk membeli makanan dan topeng muka. Bagaimanapun, ada yang dinafikan hak mereka sekiranya menjadi suspek yang disyaki dijangkiti koronavirus. Seorang aktivis hak asasi yang berpangkalan di India, Tarun berkata, rakyat China tidak dapat menyuarakan ketakutan mereka kerana media sosial berada di bawah kawalan ketat. Malah, kerajaan China dituduh cuba menyembunyikan maklumat berhubung wabak itu kerana tidak mahu mencetuskan kekecohan. Selain mengawal perbincangan dalam talian, kerajaan telah menahan puluhan individu yang dikatakan menyebarkan 'khabar angin', malah wartawan juga dilarang daripada membuat sebarang laporan mengenainya. Antara yang ditahan adalah seorang doktor yang telah memberi amaran kepada kenalannya mengenai penyakit misteri menerusi aplikasi WeChat. - CARI
|
noor2 replied at 3-2-2020 02:42 PM
Komunis gila. ...kesian rakyat
Kurex replied at 3-2-2020 03:10 PM
ada forumer kata bagi je leluhur ni jadi pee em. bukan leluhur dar tanah besar, tapi leluhur yg menu ...
MadameOnion replied at 3-2-2020 02:48 PM
yang tu la yg ramai dalam kabinet kerajaan kita hari ni...
MadameOnion replied at 3-2-2020 03:46 PM
sedangkan kerajaan depa sendiri pun buat camtu..yang kita dok ramah mesra terima kedatangan kalau bo ...
ADVERTISEMENT