CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakat Terpendam Bekas Menteri Dapat Pengiktirafan Dunia

3-2-2020 11:31 AM| Diterbitkan: azliadlan| Dilihat: 4267| Komen: 11|Original author: Oleh: Ceteria Hukama

Description: Dalam diam, bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Dr Fong Chan Onn, 76, mempunyai bakat terpendam dalam bidang fotografi.

Kredit foto: digitalcameraworld.com

Dalam diam, bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Dr Fong Chan Onn, 76, mempunyai bakat terpendam dalam bidang fotografi.

Bekas Naib Presiden MCA tersebut dinobatkan Anugerah Jurugambar Terbaik Tahunan buat dua tahun berturut-turut dalam pertandingan 'The Societies of Photographers' di London, Britain baru-baru ini menerusi sekeping gambar unik bidikannya sewaktu mengembara ke Yuangyang, China.

Foto tersebut memaparkan aktiviti sebuah keluarga menjerang air menggunakan dapur kayu berjaya menarik perhatian juri.

Menurut Digital Camera World, gambar tersebut berjaya mengatasi 11,320 penyertaan lain dihantar oleh jurugambar-jurugambar lain di seluruh dunia bagi pertandingan berkenaan pada tahun lalu.

Barisan juri memuji kegigihan bekas Ahli Parlimen Alor Gajah itu menghasilkan foto kembara unik tersebut dengan penuh kesabaran walaupun perlu menghidu bau asap dari dapur kayu ketika mahu merakamkannya.



Kredit foto: ir.chartnexus.com

Chan Onn yang bersara daripada politik pada 2008 telah diwakili anak saudaranya, Wayne Leow untuk menerima anugerah tersebut pada satu majlis di London, baru-baru ini.

Menurut beliau, gambar tersebut merupakan antara momen yang sempat dirakam lensa kameranya sewaktu melancong di Yuanyang yang terletak di sempadan Vietnam pada tahun lalu.

"Anugerah ini menyuntik lagi motivasi saya untuk lebih gigih lagi berkarya pada masa depan. Banyak yang telah dipelajari tentang penghasilan gambar bermutu setelah mendengar maklum balas penjurian," katanya kepada Digital Camera World baru-baru ini.

Pada tahun lalu, Chan Onn turut memenangi anugerah sama menerusi satu lagi gambar kembara hasil bidikan lensa kameranya ketika melawat Habsyah (Ethiopia).

Sementara itu, sewaktu diwawancara akhbar The Star pada 2016, beliau memberitahu baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi selepas bersara daripada arena politik.


Kredit foto: mca.org.com

Katanya, beliau mengambil inisiatif mempelajari sendiri teknik penghasilan foto menerusi pembacaan dan latihan amali tanpa jemu selepas membeli peralatan fotografi.

Pada 2016, beliau telah menghasilkan buku fotografi pertamanya, 'The Malaysian Chinese Primary School – A Century Of Toil And Dedication' selepas menjelajah 1,300 sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh negara. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hatikudus 3-2-2020 11:47 AM
Mcm kaki cik khinzir je tergantung atas dapur tu ....macammmmm...mata aku salah kot
Quote sukacactus 3-2-2020 11:53 AM
Tahniah!
Mood & lighting cantik
Almost like a painting
Quote alesandra 3-2-2020 12:34 PM
tahniah la.benda yg ada pekdah.dari mengangkut kaki ke mahkamah sbb pecah amanah ,rasuah
Quote husna_amal 3-2-2020 12:36 PM
Tahniah la dapat anugerah.
Quote Artemesiaa 3-2-2020 12:39 PM
Menarik hasilnya selayak dapat anugerah
Quote Kurex 3-2-2020 12:40 PM
dari menteri pee esh yg tak berbakat, sijil pun ntah ke mana.. tahniah.. btw cantik
Quote CikB 3-2-2020 04:29 PM
wow...menarik....
Quote epal21 3-2-2020 04:53 PM
Soga teeus mendunia.
Quote dudaberhias 3-2-2020 05:11 PM
cantikkk gambarnyaa... tahniah
Quote Buritan 3-2-2020 05:45 PM
hatikudus replied at 3-2-2020 11:47 AM
Mcm kaki cik khinzir je tergantung atas dapur tu ....macammmmm...mata aku salah kot

Nmpk aje.. hahaha.. itu yg menang tuu
Quote loladaily 3-2-2020 08:59 PM
Cantikkkk {:childlike

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.235762 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top