CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Laungan Ngeri 'Bandar Hantu' Wuhan

3-2-2020 12:24 PM| Diterbitkan: truthe911| Dilihat: 14112| Komen: 76|Original author: Oleh: Cari- Azlin

Bandar Wuhan lengang dari kesibukan trafik selepas kerajaan Wuhan melarang kenderaan memasuki bandar ini. 

Kredit foto: Reuters


Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial berbahasa Cina yang jika ditonton sekali imbas boleh menimbulkan ketakutan. Umpama adegan filem "pos apokaliptik" Holywood; bandar mati yang didiami zombi atau pontianak yang laparkan darah manusia.


Lebuhraya ini merupakan antara laluan tersibuk di Wuhan, China. Kini, hanya tinggal bangunan yang kaku tanpa kehidupan. 
Kredit foto: AP

Namun, jika diamati teriakan dari video yang dipetik dari BBC ini, sebenarnya bukan teriakan rambang. Suara teriakan itu sebenarnya dilaungkan oleh warga bandar Wuhan yang sedang menjalani proses kuarantin disebabkan penyebaran Coronavirus.  


Antara maksud teriakan-teriakan tersebut adalah "terus cekal", "teruskan bertahan" dan lain-lain.



Laungan suara di balik dinding itu bertujuan untuk meningkatkan semangat warga bandar Wuhan yang sedang berada dalam keadaan bimbang, takut dan panik. Ada juga yang menyanyikan lagu patriotik China sambil disambut beramai-ramai dan bersahut-sahutan.  

Video ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen seluruh dunia. Ada yang simpati dengan keadaan yang sedang melanda penduduk Wuhan.



Tidak kurang juga yang menyatakan rasa gerun dan takut akan keadaan bunyian itu.


Laungan Ngeri 'Bandar Hantu' Wuhan
Foto: IG

Dilaporkan seramai 11 juta penduduk yang mendiami Wuhan dinasihatkan oleh pihak kerajaan agar tinggal di rumah masing-masing berikutan wabak koronovirus yang dipercayai bermula Januari 2020 dari sebuah pasar basah di Wuhan. 

Isu koronavirus adalah isu sejagat, usahlah kita berlagak menjatuhkan hukum sebarangan. 

Walau fizikal mereka terkurung, namun semangat mereka mampu 'terbang' jauh melangkui sebarang batasan. - CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-2-2020 12:36 PM
cashhhhhhhhhhhh

macam tu la bunyi binatang yg korang seksa, tahanan yg korang seksa..

cashhhhh
Quote Catpaw 3-2-2020 12:39 PM
Bila Allah turunkan bala, lenyap semua kesombongan dunia
Quote bondeh 3-2-2020 12:41 PM
Kurex replied at 3-2-2020 12:36 PM
cashhhhhhhhhhhh

macam tu la bunyi binatang yg korang seksa, tahanan yg korang seksa..

Betul rex. Selayaknya mendapat balasan
Quote husna_amal 3-2-2020 12:46 PM
Jangan lepas reda wabak virus korona ni buat perangai macam sebelum ni pula.
Quote mdhelmi 3-2-2020 01:01 PM
tiba2 teringat game ni:
silent hill
Quote paanley 3-2-2020 01:04 PM
padan muka.  
Quote MariaClara 3-2-2020 01:07 PM
masa sedap nak melantak..kemain ko yer...seksa binatang satu hal...mendapat la
Quote Sambalberapi 3-2-2020 01:14 PM
Stress giler ni sebenarnya. Mati kutu. Lps ni semya pakat2 terjun bangunan plk
Quote AbukRokok 3-2-2020 01:35 PM
revenge of the fallen animals
Quote Ladybird910 3-2-2020 01:40 PM
Dah bulan baru..gaji dpt ke x ek..semua ofis tutup..sewa rumah sume dorg byr cmne?eh...jauh plak aku imejin.luls
Quote Kuasaberganda 3-2-2020 02:01 PM
Ladybird910: Dah bulan baru..gaji dpt ke x ek..semua ofis tutup..sewa rumah sume dorg byr cmne?eh...jauh plak aku imejin.luls

iolls pon sama pk mcm tu.
Quote Missterry 3-2-2020 02:14 PM
Kita pun kena buat persediaan jugak. Kat rumah make sure stok makanan kering sentiasa updated. Contoh: kurma, makanan tin, dan sebagainya. In case ada perkara2 darurat macam ni.
Quote meow_tompok 3-2-2020 02:20 PM
mohon korang leluhur ni bawak2 la insaf jgn makan benda pelik2 dah, takde demand takde la supply .... dan jgn lupa berak kencing cebok dgn air barulah bersih dan wangi

Quote Zack8hunter 3-2-2020 02:36 PM
at this point of time, aku rasa toksah la kecam mengecam.. inilah masanya kita semua jadi MANUSIA.. doa yg baik2 shj utk mereka yg berada di Wuhan ataupun di mana-mana tempat yang terkesan.. bantu setakat mana yg terdaya.. try to imagine if we were to be in their shoes..
Quote Sangkar_Emas7 3-2-2020 03:04 PM
Allah kalau nk tunjuk kekuasaan dia...sikit je....effect dia smpai gini la.

Semoga kita dilindungi allah, & dijauhkan dr kemurkaan-Nya (bkn utk coronavirus je..utk kes sajat jugak)
Quote mrsav 3-2-2020 04:05 PM
Ladybird910 replied at 3-2-2020 01:40 PM
Dah bulan baru..gaji dpt ke x ek..semua ofis tutup..sewa rumah sume dorg byr cmne?eh...jauh plak aku ...

aku pun terpikir benda yg sama. gaji dapat ke tak? sewa rumah, utilities semua tu kira camane yea

Quote CikB 3-2-2020 04:17 PM
Catpaw replied at 3-2-2020 04:39 AM
Bila Allah turunkan bala, lenyap semua kesombongan dunia

dah melampau sgt kan!
Quote NekNgah 3-2-2020 04:37 PM
Semoga mereka dan kita semua mengambil ikhtibar.
Quote rbmy 3-2-2020 04:44 PM
camana nak makan minum..

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043478 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top