Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Shareen Omar berkongsi gambar seorang lelaki mendukung bayi lelakinya ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan semalam.
Hantaran itu menjadi tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga perkongsian gambar oleh Shareen itu kini mencecah lebih 4,700 tanda suka dan lebih dari 7,600 warganet telah berkongsi gambar tersebut (ketika artikel ditulis). Loading FB Post...
Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki tersebut kerana situasi itu amat jarang berlaku pada lelaki di Malaysia amnya. “Kalau orang perempuan dah biasa gendong anak masa solat, namun kalau lelaki jarang sangat nak tengok. Syabas lelaki ini, mungkin isterinya tidak sihat dan mengambil tanggungjawab menjaga anaknya," tulis netizen di ruang komen. Manakala, netizen lain pula berkata, “Yang ni baru patut viral (tular). Semoga keluarganya jadi keluarga yang soleh dan solehah, amin." Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan ahli keluarga yang sepatutnya membantu menjaga bayi itu ketika lelaki berkenaan menunaikan solat Jumaat. Bagaimanapun, lelaki tersebut dibela netizen lain yang meminta pengguna lain supaya lebih menghayati ilmu melalui paparan video tersebut. “Ambil ilmu tu, bukan sibuk tanya mak dia, nenek dia, tokwan dia. Sah sembahyang tu. Dekat Arab sana, ramai yang macam ini cuma dekat Malaysia tiada orang buat. Tiada orang buat bukan bermakna tak sah," tulisnya yang dipetik Sinar Harian. Islam merupakan satu agama yang bukan sahaja indah tetapi sangat mudah. Malah, Islam mempunyai hukum untuk menunaikan solat bersama bayi sama ada didukung atau dibawa bersama ke masjid. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, S.S Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sesiapa saja yang mempunyai anak kecil boleh solat dengan bayi anda tanpa sebarang masalah sesuai dengan hadis yang dinyatakan. Hadis menerusi Abu Qatadah Al- Ansari R.A : Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasulullan S.A.W dengan suaminya Al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud, baginda meletakannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al- Bukhari, Sahih al – Bukhari) Maka dalam hal ini, ibu bapa DIHARUSKAN untuk mendukung anak kecil ketika sedang mendirikan solat dengan syarat yang perlu dipatuhi.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua muslimin dan muslimat. - CARI |
9
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
9
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
husna_amal: Segelintir lelaki memilih untuk tidak solat berjemah dengan beribu macam alasan.
Sham143 replied at 20-1-2020 12:15 PM
Kalau dalam islam hukumnya sah..tapi kalau pada bangsa melayu tak sah.. Melayu dan islam tk sama..Be ...
husna_amal: Segelintir lelaki memilih untuk tidak solat berjemah dengan beribu macam alasan.
Sham143 replied at 20-1-2020 12:15 PM
Kalau dalam islam hukumnya sah..tapi kalau pada bangsa melayu tak sah.. Melayu dan islam tk sama..Be ...
ADVERTISEMENT