CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Spekulasi Tun Dr. Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Berundur, Benarkah?

7-1-2020 12:04 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4626| Komen: 21|Original author: Tukang Tulis

Maszlee bersama Tun Dr. Mahathir. Kredit foto: Facebook

Seperti yang diumumkan oleh Dr. Maszlee Malik pada 2 Januari lalu, beliau "mengembalikan semula" jawatan Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun, tiga hari selepas pengumuman itu dibuat, timbul desas-desus mendakwa terdapat kemungkinan Dr. Mahathir meminta Maszlee berundur.

Seperti dilaporkan oleh Malaysiakini yang memetik The Malaysian Insight, tindakan itu dilakukan berikutan kekecewaan Dr. Mahathir dengan sikap Maszlee yang dikatakan sering membuat keputusan yang menyukarkan kerajaan.

Perkara itu dikatakan terkandung dalam sepucuk surat bertarikh 27 Disember 2019 yang dihantar ke pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam pada hari yang sama dan ketika itu, Maszlee dan keluarganya dipercayai sedang bercuti di Amerika Syarikat (AS).

Maszlee disambut penyokongnya di Simpang Renggam. Kredit foto: Facebook

Surat yang didakwa mengandungi 17 perenggan itu menyatakan, Maszlee gagal mematuhi arahan Kabinet dalam beberapa isu termasuk pengajaran tulisan jawi, perkhidmatan internet sekolah dan program sarapan percuma di sekolah rendah.

Pada akhir surat itu, Dr. Mahathir dikatakan memberi pandangan yang berbunyi: "sudah tiba masanya untuk Yang Berhormat (Maszlee) mengundurkan diri dari Kabinet."

Walau bagaimanapun, Malaysiakini menyatakan pihaknya tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan itu dan cuba menghubungi Maszlee untuk mendapatkan maklum balas beliau.
Salah satu pencapaian Kementerian di bawah pentadbiran Maszlee. Kredit foto: Facebook
Ketika mengumumkan peletakan jawatan, Maszlee turut menyentuh tiga isu sama yang menyebabkan beliau dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan.

Beliau juga mengeluh kerana banyak pencapaian Kementerian Pendidikan di bawah pentadbirannya telah dibayangi laporan negatif media dan permainan politik.

Sewajarnya semua pihak yang terlibat dalam isu ini berterus terang bagi mengelakkan orang ramai membuat pelbagai spekulasi. - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 7-1-2020 12:18 PM
Dari dulu lg..atok xsuka org y lagi pandai dari dia

Sebijik mcm tipikal ketua2 jabatan dan pengarah2 dlm gomen

Mesti yes boss
Quote JohnnySins 7-1-2020 12:22 PM
Tun M tak kata melantik ah lee malik tu sebenaqnya salah dia ka..sbb dia pilih anwaq, Pak Lah dan Najib dulu pun salah dia...wakakakakakkakakakaka
Quote Skuau 7-1-2020 12:26 PM
pengajaran Jawi,perkhidmatan internet di sekolah,sarapan percuma untuk budak sekolah rendah???????
Quote alesandra 7-1-2020 12:29 PM
acik2 naive mengomen maszlee tak pandai politik ..ingat pagi2 buta 2 hb tu baru tau dia kena letak jawatan.dia tinggalkan office drive myvi itu political gesture la acik oiiiii
Quote alesandra 7-1-2020 12:33 PM
Skuau replied at 7-1-2020 12:26 PM
pengajaran Jawi,perkhidmatan internet di sekolah,sarapan percuma untuk budak sekolah rendah???????

internet sekolah tu yes 4G under ytl kroni org tua,bn selama ni kann?so kat mana korang salahkan dapig dlm hal ni
Quote harizs 7-1-2020 12:37 PM
akibat menghina penerima2 brim &  memecat beribu tukang kebun & pengawal keselamatan sekolah seluruh Msia.  mrk yg jd mangsa x akan kesian kpd mazlee
Quote Kurex 7-1-2020 01:12 PM
tak baik la.. atok ni pandai menegur rakyat.. dia pandai bagi buah fikiran sebab kita ni hina, miskin.. - ashifly
Quote Simunggu 7-1-2020 01:14 PM
tun M pun pernah hantar surat dgn saya suruh berhenti...tapi saya buat dee ja
Quote Ina8895 7-1-2020 01:53 PM
Maszlee ni buduh sombong
Quote CiliPadiSedap 7-1-2020 02:08 PM
mampus ytl jd internet sekolah. baik2 umobile dah laju macam naruto
Quote harizs 7-1-2020 02:17 PM
kesian mazlee kena main dgn org politik.  baru tau langit tinggi rendah
Quote EmaAsmadi 7-1-2020 02:18 PM
Mengubat hati yang luka ke Amerika Syarikat. Hebat
Quote epal21 7-1-2020 02:20 PM
JohnnySins replied at 7-1-2020 04:22 AM
Tun M tak kata melantik ah lee malik tu sebenaqnya salah dia ka..sbb dia pilih anwaq, Pak Lah dan Na ...

Tundet nak org ikut cakap dia. Kalau tak nyah ko dr sini.
Quote epal21 7-1-2020 02:23 PM
alesandra replied at 7-1-2020 04:29 AM
acik2 naive mengomen maszlee tak pandai politik ..ingat pagi2 buta 2 hb tu baru tau dia kena letak j ...

Alah,dengan lakonan atok pun tertipu. Inikan pulak dgn lakonan org baik-baik bak kata wardina.
Quote harizs 7-1-2020 02:24 PM
EmaAsmadi replied at 7-1-2020 02:18 PM
Mengubat hati yang luka ke Amerika Syarikat. Hebat

untung la.  berduka lara boleh bercuti ke Amerika.  tukang kebun &  pak guard yg kena buang beramai2 tu bawa diri ke mana agaknya
Quote creep_bite 7-1-2020 02:24 PM
Ini semua fitnah kpd Che Det...
Quote najib888 7-1-2020 03:16 PM
Ni la kot laknat Allah.. kata macam2 sangat.. dok tunggu who’s next.
Quote zorrro_03 7-1-2020 03:32 PM
amboiii.  bercuti ke amarika serikat kau ye... balik dalam negara berlagak suci murni.  sial tak habis2 capang yang bertanggungjawab menyebabkan pengawal keselamatan dan kontrak pembersihan sekolahs. insaflah kau sebelum kena denda lebih berat dari Allah.  
Quote ashilalat 8-1-2020 09:09 AM
Lepas ni kau jadi lah org tak produktif,.miskin dan hina bak kata atok pujaan ko.. x merasa la kao nak vellfire persis org kaya,.jd miskin balik la ko ahlee.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.133993 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top