CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Serik Hutang Ah Long, Mak Ayah Putuskan Hubungan Dengan Anak

17-9-2019 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6277| Komen: 30

Kecewa dengan sikap anak tidak serik berhutang dengan Ah Long, sepasang suami isteri nekad memutuskan hubungan dengan anak sulung mereka.

Lapor Harian Metro, mereka terpaksa berbuat demikian kerana memikirkan keselamatan dua anak masih bersekolah dan tinggal bersama mereka selepas sering diganggu Ah Long yang menagih hutang anak lelaki mereka itu.


Chua, 46, berkata, perbuatan anaknya terbongkar selepas sering menerima panggilan telefon dan notis ugutan meminta melunaskan hutang Ah Long sejak Ogos tahun lalu.


Gambar Hiasan

Anak mereka berusia 21 tahun mengaku mengenai tindakannya meminjam Ah Long untuk menjadi penjamin selepas pasangan itu bersemuka dengannya.

Difahamkan, jumlah pinjaman yang kecil bertambah akibat kadar faedah tinggi. Berikutan itu, dia terpaksa meminjam kepada kira-kira 20 Ah Long.

“Sehingga kini, kami tidak tahu dia buat apa dengan duit itu, semuanya samar sebab dia juga tidak bercerita dengan kami kecuali mendakwa menjadi penjamin. Hutang semakin hari semakin bertambah sehingga kami tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikannya dan terpaksa meminjam keluarga terdekat.


“Sejak awal membuat pembayaran, kami sudah menghabiskan kira-kira RM80,000 dan semua hutang selesai penghujung tahun lalu. Pada masa sama, anak yang mendakwa malu dengan tindakannya itu ke Singapura untuk bekerja,” katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor, Michael Tay di Johor Bahru, hari ini.

Tidak menyangka anak mereka mengulangi perbuatannya, keluarga Chua sekali lagi diganggu awal bulan ini apabila menerima notis memintanya menjelaskan hutang anak mereka jika tidak mahu dia, isteri serta dua anak lain berusia belasan tahun diapa-apakan.

Chua difahamkan, anaknya itu meminjam RM15,000, namun tidak tahu jumlah sebenar kerana anak lelakinya sudah tidak pulang ke rumah hampir setahun lalu sejak bekerja di Singapura.

Katanya, anaknya itu merajuk selepas ditegur dan dimarah sebelum keluar rumah dan hampir setahun tidak pulang.

“Baru-baru ini, isteri saya ada hubungi syarikat dia bekerja di Singapura dan kami dimaklumkan anak ditahan di penjara kerana kesalahan hutang,” katanya.

Walaupun mengetahui situasi anaknya itu, beberapa Ah Long berkeras mahu Chua menjelaskan hutang anaknya.

“Kami kecewa dan tidak boleh nak tanggung lagi, jika mahu juga carilah dia, kami sudah tiada apa-apa. Memang kami sayang anak, tetapi kami perlu fikirkan keselamatan dua adiknya yang masih bersekolah,” katanya.

Bukan sahaja terpaksa meminjam wang daripada keluarga terdekat untuk melunaskan hutang RM80,000, malah dia dan isteri tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tempat kerja diganggu Ah Long menyebabkan pendapatan mereka terjejas.

Sementara itu, Michael berkata pihaknya akan berurusan dengan Ah Long terbabit supaya tidak mengganggu keluarga Chua kerana bukan dia yang berhutang selain menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dan menahan kumpulan Ah Long yang mengganggu ketenteraman peminjam. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 17-9-2019 03:55 PM
anak cina mana ada yang jahat..
semua menjadi kata ummah forum..
ni mesti melayu menyamar cina ni
Quote paz 17-9-2019 03:59 PM
Muda lagi dah berhutang takut lah. Sian mak bapak dia.
Quote binipopeye 17-9-2019 04:01 PM
lepas tuh g ostoli mintak suaka... kes settle..
Quote Artemesiaa 17-9-2019 04:01 PM
Banyak dah kes sebegini sebelum ni
Quote jazaa100 17-9-2019 04:06 PM
Semak perut klu pasal hutang ni.....

Cer hidup jgn berhutang...selagi blh elak, elakkan lahhh.....hutang rumah , keta tu lain lah....
Quote laksmanabentan 17-9-2019 04:26 PM
tahi judi ler tu...
umur 21 tahun da hutang banyak2 camtu...
Quote Bedah.Cun 17-9-2019 04:30 PM
Bagus nye pengurusan ekonomi Cina neh. Banyak yea cukai deme bayar sampai berhutang dengan along
Quote nono86 17-9-2019 04:43 PM
Anak celaka. Kalau kita tak mampu menyenangkan ibu bapa kita, janganlah kita menyusahkan dan membebankan mereka
Quote Malaysia.Doom 17-9-2019 04:43 PM
Suruh anak ko jual bontot...kot laku ke.
Quote R2D2 17-9-2019 04:52 PM
sekurang-kurangnya dia support business along
Quote R2D2 17-9-2019 04:53 PM
dia main judi pun dia support business bangsa dia jugak kan
Quote jenilia122 17-9-2019 05:12 PM
Nice post and thanks for sharing this and get more details about online information.

http://nbiclearance.website/
Quote missus_meow 17-9-2019 05:16 PM
baru 21 tahun ... adoyai ...
Quote whadda 17-9-2019 05:21 PM
dah buat hutang pandai pulak lari singapore
Quote Kurex 17-9-2019 06:32 PM
Cina pandai uruskan duit.. Kata mereka yg bijak pandai
Quote Cable 17-9-2019 06:33 PM
prettyuglybabe replied at 17-9-2019 07:55 AM
anak cina mana ada yang jahat..
semua menjadi kata ummah forum..
ni mesti melayu menyamar cina ni  ...

paria nyamar melayu muslim ramai la..siap ngaku doktor gigi lagi...malu kot nk ngaku bangsa paria..prfffffffffffffffffffffffffffffffght
Quote Lelli 17-9-2019 10:17 PM
Mmg patut x mengaku anak lg..
Dh bt  boleh larikn diri..
Sian kt fmly kena tanggung lunaskn hutang dia tu..
Jgn main2 dgn along ni..nyawa pn blh melayang.
Quote dramaking007 17-9-2019 10:51 PM
alahai.....sedih pulak rasa.....bab hutang ni mmgla sesiapa pun tak kira agama atau bangsa mmg buat kita tak senang duduk....
Quote ayra.e 17-9-2019 11:08 PM
Haila...sian mak bapak

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.361463 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top